Friday, March 18, 2016

Segmen TOP BLOGGER 2016 by NURZULFA



As'salam semua...Jom siapa rasa blog dia kemas and rasa mcm nak memeriahkan suasana segmen ni..lets joinnn!!!

thankyou si manes sebab tagged cek ungu 😘

Before tu, ni gegojes pilihan cek ungu

• RosNordin
• Miss Banu


steps dia senang je.

  • Follow blog zulfa *wajib
  • Follow Google+
  • Follow twitter @zulfa001_
  • Buat entry bertajuk "Segmen TOP BLOGGER 2016 by NURZULFA"
  • Letakkan banner di atas dan backlinkkan ke entry ini
  • Tinggalkan satu kata2 hikmat dalam entry *yang baik-baik
  • Tag 5 rakan korang untuk join *pastikan diorang tahu tau
  • Tinggalkan link di komen

okayy senang je..soo apa lagi?? jom!

pesanan cek ungu utk semua.

Nak hidup happy senang je, kita jangan hidup dgn terlalu peduli apa orang cakap. Kena ingat, mulut orang kita tak boleh tutup, kalau apa kita buat tu betul and tak lari dari landasan islam, go on! DAN usaha untuk jadi diri sendiri, tak perlu ikut apa yang orang ada, kita nak ada. Ikut kemampuan dan keperluan kita ok? Tapi kalau ikut benda baik, apa salahnya.
Less Strees, Extra Happy Pls!

.
.


Wednesday, March 09, 2016

Tahukah anda? Simbol Make Up Ni?

.
.
gambar sumber google

okay serius hakak baru tahu simbol ni. soo hakak nak share la dgn gojes2 semua okayy...

so balik ni hakak boleh kemas lah mana2 yg tak patut ado tu huhuhu...

sumber : Oh! Media

.
.

Monday, March 07, 2016

Colourful Cabinet

.
.


sebab hakak tak nak nampak kalerful tu,  hakak boh alas :)

 
nah untuk siapa2 yang mencari benda ni, Bawah ni hakak ada share cara2 dia and harga mampu milik. Boleh pasang sendiri. Beli je dekat mana2 Aeon Big, mcm2 harga ada. Untuk yang bawah ni kurang RM 60. Dalam RM 50++
 


Belakang box ni ada steps dia. belah kanan tu asingkan ikut mumber
 

Pasang mcm belah kiri tu dulu, then ikut mcm belah kanan.


Last skali sambung yg atas tu. then ketat2kan la skru yg ado ya.

Taraaa..Hasil dia. boleh letak mcm2
.
.




Saturday, March 05, 2016

Segmen Teka Teki Benda Uk2

http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/02/segmen-teka-teki-benda-uk2.html
 Teka Apa Yang Ada Dalam Hadiah Tersebut.?
"Dia Becakap Tapi Tak Ada Mulut,
Tak Ada Tangan Tapi Pandai Main Musik
Pandai Menyanyi Menghiburkan Hati,
Issue Semasa Selalu Di Nanti,
Dalam Kenderaan Dan Dalam Rumah Pasti Ada,
Becakap Tak Henti-henti Hanya Dengan Jari Dia Berhenti."
1) Follow Blog Uk Atau Google +
2) Buat Tajuk Post "Segmen Teka Teki Benda Uk2"
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di Box dan Paste ke dalam Ruangan Html dan Publish.
4) Tinggalkan Url Post Dan Jawapan Anda ke Ruangan Komen ini.
Blogger yang Menjawab dengan Betul akan di masukan ke dalam Bloglist Uk.Tarikh Tutup 7-3-2016.

Jawapan Saya :...............

Friday, March 04, 2016

Lepas Rindu

.
.
balik kerja terus ke Puchong. anak2 menakan dah rindu. sama lah dgn aunty mummy ni. rindu sangat dah.

the twins

De kakaks

Pakcik mebuli

.
.
xoxo
CekUngu

Candy Crush Saga (CCS)

.
.
okay sapa still main game ni? kita gang! sep sikit! ramai give up main dah kan? hahaha hakak still main sebab ada gang main termasuk husband and babah mama hakak sendiri. hehehe

korang dah level berapa? 
hakak dah agak ketinggalan ler juga.

layan ooo game nie time boring ke tak boring ke hahaha


hakak memang kaki game baq ang! hehe
.
.

Wednesday, March 02, 2016

Sambal Sardin Cek Ungu


Mari hakak share resepi sardin hakak. Nie semua sebab blog hakak nie ler pasal sardin. Konon balik nak pergi pasar malam tapi terus tak jadi, pergi Giant beli barang. Okay dah2..Meh akak share resepi.

Bahan2:
-1 tin sardin brand AyamBrand
-Cili Kering (Kisar halus)
-Bawang Putih (Kisar Halus)
-Bawang Besar 3 biji (Kisar Halus)
-Garam,Gula
-Kiub ikan bilis Knorr
-Kicap Tamin
-Secubit serbuk kari (utk hilang bau ikan)
-sedikit cili padi

Cara2:
-Tumis bahan2 yg dah dikisar. Tumis hingga pecah minyak.
-Tabur sedikit gula, garam and kiub ikan bilis.
-Masukkan 1 tin sardin dan air separuh tin sardin tu.
-Tuang sedikit kicap, agak2 jgn sampai hitam.
-Tabur sedikit serbuk kari.
-Tabur cili padi.

Sedikit tips:
-hakak suka belah ikan tu biar dia betul2 masak. Tapi kacau slow2 nnt berkecai ikan tu.
-if tak nak masuk serbuk kari pun tak pe. hakak suka rasa dia hehe.
-lagi sedap goreng telur. nyumeh!

Tips paling penting;
-Masak dengan suami and selawat masa gaul lauk tu :)

[Sapa nak share sila ler. hakak halalkan]


My Nyumeh Sardine

Antara bahan2
Tumis bawang2 and cili sampai menggelegak and pecah minyak


Masukkan sardine and sedikit air
Makan pula dgn teloq

  




"First Segmen Bloglist NURZULFA"


As'salam. Hai kawan2. Meh join segmen adek manes ni.
Adik manes ni tengah cari list blogger utk letak dalam blog dia.
Meh sapa nak mencuba sama2 dgn cek. Boleh check bawah ni macam mana nak join ya.

Klik bawah nie.


hello semua, ni 1st time nak mencuba.
Saja untuk eratkan silaturrahim.
Cek pun tengah fikir nak buat segmen apa.
Hehehe.

Selamat Berkenalan :)

next geletis gathering


okay our next gathering on May. 
mungkin 20th May sebab masa tu Petronas dpt cuti free sbb saturday Public Holiday. Yahooo.

So plan dia, husband and anak takyah ikut. hehehe suke letuw husband2.

Plan konon nak karok, movie, spa, shopping hahaha katanyaaa.

Apa pun jumpa May ni - InShaAllah.

Tuesday, March 01, 2016

c e k . u n g u - 1


Photoshoot kawen - Lookuppoint Bkt Ampang 2011.


As'salam semua.

Salam perkenalan untuk semua blogger2 baru. Seronok baca masing-masing punya entry. Ada yang cerita pasal life sendiri, don't worry. bagus tu sebab boleh share-share pengalaman. Ada juga cerita pasal life mereka as student. Oh my, bila baca tu rindu sangat-sangat zaman jadi student dulu. Terikat dengan assignment je and dikelilingi kawan-kawan yang sawan-sawan. Heeee.

Today macam rajin nak post pasal diri sendiri.

ArfaEzza, 29 from Ampang, Ukay Perdana. Hari ni dah genap 4 tahun 2 bulan cek kahwin. Alhamdulillah. Cuma kami belum ada rezki anak lagi. Korang doa-doakan la ya? Alhamdulillah husband sanggup hadap sama-sama. Banyak bagi semangat and sentiasa ada time hati ni sedih and cemburu tengok. orang lain ada anak. But now i'm okay. Tak semestinya apa kita nak, kita akan dapat. Lagi2 hal jodoh, rezki , ajal. Takde siapa tahu kan? 

Cek masih bekerja. Alhamdulillah masih ada kerja. Start kerja tetap since 2008 betul-betul lepas habis diploma. Habis jumaat lepas hantar final project, isnin yu terus dapat kerja and till now tak pernah lagi menganggur. Takat ni dah 3 kali tukar kerja. So far yang sekarang ni since 2009. Rasanya pencen kat sini kot. Hehehe

Okay cukup takat ni, sambung next entry.
Dah nak sampai office. 

As'salam.