Sunday, February 03, 2019

Sunway Lagoon (24 Dec 2018)

 
πŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’›
 
 


 
Program cuti sekolah hujung tahun lepas, bawak budak-budak ni pergi Sunway Lagoon. Dah lama janji nak bawa, plan dia patut End Jan 2019 tapi rezeki dapat tiket murah awal, so pergi la time cuti sekolah tu. Masa tu Petronas jual untuk staff dapat harga murah, tapi hakak tak sempat beli and dah full. Alkisah, ada kakak office ni dah beli and nak bawak anak-anak dia, tapi dia pregnant, so tak dpt bawa, maka dia jual la tiket tu kat hakak. Alhamdulillah rezeki budak-budak.
 
So aunty mummy ambil cuti Monday sebab tak nak pergi time Public Holiday esok tu. Sure ramai. And memang ramai pun sebab staff situ cakap, untuk Christmas dah berapa orang beli online. Tak sanggup nak beratur panjang nak main-main tu nanti.
 
Sehari sebelum pergi tu, Mummy dah ambil dorang siap-siap sebab plan nak ada sana tepat pukul 9. Sampai sana awal, so nak tukar tiket ke pass masuk. Alhamdulillah tak ramai beratur masa tu. Then melepet tunggu kat luar tu untuk masuk. If korang nak pergi beli tiket time tu gak, better pergi awal. Yang dah beli online pun better awal, sebab sekarang kan zaman online, ramai yang beli online. Tapi korang kena ingat, walaupun beli online, pass tetap kene redeem kat kaunter ok. Pass tu kena pakai dekat pergelangan tangan. Nanti nak masuk, dia akan scan. Diingatkan, dilarang bawa masuk makan minum dari luar. Semua kena beli dalam tu. (Sila lah bawa duit yg banyak ye rakan-rakan.) Hehe.
 
Muka happy lepas dapat pass. Pass ni nanti sila pakai di pergelangan tangan ya. nanti masuk kena scan.


lepak kejap sementara theme park nak buka.

 
Okay hakak tak ada lah nak bagi tips nak main kat sana. Ikut keselesaan masing-masing. Macam hakak, kitaorang jalan-jalan pergi mini zoo dulu. Last hakak pergi tahun 2010 tak silap, masa tu kecik je mini zoo dia. Sekarang dah besar and rasa berbaloi lah bayar mahal-mahal tu.  Budak-budak pun happy dapat tengok macam-macam binatang dalam tu. Ada yang dibiarkan lepas je, ada yg dalam sangkar masing-masing.
 

my cute pies hehe
  

Lepas tu baru kitarong tukar baju mandi. Oh ya, barang-barang boleh simpan dekat locker. Ada locker kecil and besar. Sebab kami ramai, so ambil yang paling besar. Harga dia RM 45 ye kawan-kawan. Locker kecil, RM 25. Harga as at December 2018 ya.
 
 
Memandangkan sibuk bermain, so takdelah banyak gambar. Banyak dekat InstaStory je. Hehe.
 




 

 
 
kalau bawa anak-anak yang masih sekolah rendah, memang syok lah budak-budak tu, sebab terlalu banyak water park untuk dorang. memang syiok habis. tak sempat rakam semuanya.
 
Dah puas main, baru rasa lapar. Pagi tadi cuma makan roti and air milo je untuk alas perut. Maklumlah budak-budak, tak selera makan sebab otak dah ke lain. Hahah.
 
Hakak ingatkan ye, makanan dalam tu mahal-mahal. So bawa duit lebih awal-awal. Macam kami, bawa sarung Phone yang kalis air. So letak duit siap-siap dalam tu. Takdelah nak patah-patah balik ke locker yang jauh tu. Bijak kan kami?
 
Memandangkan anak-anak ni macam pakcik kesayangan dorang, so nasi gak lah dorang cari. Mujur ada kedai macam kedai mamak kat dalam tu. So order nasi beriyani ayam RM 18 set dia. (Nasi beriyani, ayam and sayur). Air mineral water RM 4 ye botol kecik tu. Air berkarbonat botol kecik RM 6. Bertabah ye. Mujur hakak beli under office, so sekali dengan kupon makanan RM 100. So total haritu RM 103. So keluar cash RM 3 je :)
 
TAPI serius sedappppp gilerrr nasi beriyani dia. sampai sekarang teringat-ingat.
 
 
 
Lepas dah main basah-basah, sambung jalan-jalan. Naik jambatan, tapi tak sampai hujung. Anak-anak takut. haha. tak sampai separuh pun, patah balik. hehe. Sempat lah posing-posing atas tu, then teman abang ngan pakcik main kapal tu. gile cuak weh. haha.
 
bagi chance la kat a.mummy and pakcik kejap hehe
muka cuak sebab depan rumah hantu. and ada mascot hantu sebelah tu. Hahaha
 
masa ni dua-dua takut nak naik jambatan ni. pose pun muka acah-acah berani.

Nampak tak muka kakak tu takut betul. haha muka dayah lak acah-acah berani, sempat buat mimic muka haha.
 
Pakcik pun nak gak. hamekkk.
 
 
Setel semua, then tukar baju nak balik.
 
So far memang ngam-ngam lah satu hari bermain dekat sana. Tutup pukul 6PM.
 
before balik, sempat la kena pau beli cotton candy besar gedabak RM 15 tu. Adehhh... tapi cepat giler cair nyer..geramm je. Habis comot semuanya.
 
Sekian kisah cuti sekolah mereka bersama pakcik and aunty mummy. Tahun ni tak tahu la dorang nak ke mana pula. Hehehe any idea?? Meh share u ols.
 
 
 
 
 
xoxo,
Cek Ungu

2 comments:

  1. Pakai baju yang sama. Cute ~ Nak meriah bercuti dengan keluarga..

    ReplyDelete
  2. hehe tengah kecil lagi, seronok bagi pakai sedondon :)

    ReplyDelete

Thank you for comment. Will reply soon :)