Saturday, April 11, 2020

COVID-19 & Malaysia 2020

.
.
credit photo from - IG : mkn_rasmi (Majlis Keselamtan Negara)

Sekian beberapa purnama menyepi. Mulakan post 2020 dengan kisah sedih untuk satu dunia - COVID19.

Sekarang dah masuk Fasa Ke Tiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk Malaysia tercinta. Bukan mudah kerajaan and semua pihak terlibat untuk buat keputusan ni. Kita as rakyat kalau tak mampu untuk sumbangkan kudrat and keringat, kita sumbangkan lah batuan melalui hati. Lembutkan hati, kuatkan hati untuk dengar arahan kerajaan untuk duduk je dekat rumah. Sabar and hargai masa ni dengan orang terdekat kita. I percaya, tak mudah tapi cuma kita positifkan diri. Kita syukur kita lahir jadi rakyat Malaysia.

Kerajaan and tak kira apa pun warna bendera politik kita, semua bersatu hati. takde pun rakyat tercicir, baik pekerja, majikan, student, penganggur..semualah. tambah pulak ramaiiiii umat manusia dekat Malaysia ni dermawan. Merata sedekah dorg bagi dengan tolak tepi samada org tu betul or ambil kesempatan. Masa ni kita gunakan media social dengan sebaiknya utk bantu saudara mara yang susah dekat luar. just viral kan then ada lah hamba Allah yg perihatin akan bantu.

So apa lagi kita nak buat? Duduk je rumah. Bagi kerjasama.
Percayalah hanya kita je boleh putuskan rantaian covid19 ni.

"..Kita ibarat sebuah keluarga besar. Kita saling bantu membantu ketika zaman susah. Kita jaga keluarga kita. Kita jaga jiran kita. Kita jaga masyarakat kita. Baik kita di kampung, di kawasan perumahan, di kondominium, di rumah flat. Kita jaga kita. Inilah nilai sebenar persaudaraan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.." -YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin | Perdana Menteri Malaysia.

Untuk yang terpaksa keluar untuk urusan-urusan penting, selain dari jangan lupa bawa dokumen rasmi (kad pengenalan, bil elektrik kalau alamat lain dari IC, surat dari majikan dll) Sila ingat pesanan bawah ni okay? : -

-Kerap cuci tangan. Gunakan air dan sabun atau Hand Sanitizer.

-Tutup mulut dan hidung guna siku atau tisu semasa batuk or bersin. Buang tisu tu terus ke dalam tong sampah. Lepas tu cepat-cepat cuci tangan selepas batuk or bersin.

-Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut. Cuci tangan sebelum sentuh anggota muka tu ok?

-Sentiasa jarakkan diri korang dengan orang lain sekurang-kurangnya 1 meter.


Akhir sekali, semoga Allah swt melindungi kita semua dari wabak bahaya ni dan segera terhapus wabak ni dari muka bumi. Sesungguhnya Allah swt yang berikan kesembuhan dan kesejahteraan buat umat-umat yang dikasihiNya.
.
#StayAtHome
#KitaJagaKita
#KitaMestiMenang
#PutuskanRantaianCovid19
#PerintahKawalanPergerakan
#MovementControlOrder
#ProudMalaysian
#AllahUjiAllahSayang
.
.