Tuesday, October 7, 2014

selamat bertunang syg! 06-10-2014

Tuesday, October 7, 2014
Alhamdulillah..

next step pulak.
heeee i'm happy for you syg!
moga kekal till jannah 😘😍💍


Monday, October 6, 2014

short trip ke cameron highland

Monday, October 6, 2014


last week punya cerita.

berkarok la kami jumaat malam tu before ke cameron. lepas tensi katanya. haha layan aje.


lepas tu semua tidur rumah i ols. sbb plan pukul 4pg gerak ke cameron. kononnya sampai hentian simpang pulai lepak2 dulu then dah cerah baru naik cameron. sudahnya..semua bgun kol 4 and gerak kol 5.

alhamdulillah selamat perjalanan pergi and pulang. cuma hujan kejap2 je kat sana. walaupun tak berapa nak syok kat sana..at least bersama org3 tersayang tu buat yang buat jadi syokkk...

ok meh layan sikit gambar..

 






Tuesday, July 1, 2014

Salam Ramadhan 1435

Tuesday, July 1, 2014

Salam Ramadhan buat semua kenalan.
Maaf andai ada salah dan silap.
Moga Ramadhan kali ini diberikan seribu makna buat kita semua.

Friday, May 23, 2014

Nyums!

Friday, May 23, 2014

thanks my dear kak Baysa!
Dessert for today! slurpppss...

Monday, May 19, 2014

Happy Bufday My Sweet Twins

Monday, May 19, 2014
Happy bufday Kak Ima!
Happy bufday Kak Ita!

Me love love love you and you!


Plan dari awal memang nak tepungkan diva dua orang ni. hehhe lepas dinner, tukar baju then bwk dorg g tepi pantai. plan dgn team AR. dorg bwk cake, tepung n telor. hahah 

dtg team AR sambil nyanyi lagu bufday..ceh terharu dorg smbil bergenang air mata. tp kejap je, belum sempat cake masuk mulut, ai dah baling tepung. diikuti dgn mereka2. ai, aza n intan dah lari sbb takot ditepung. hahaha apa pun! best!!!


hehe moga korg ingat saat ni sampai bila2 okay!

me love you kakaks! 😘💋❤️


Sunday, May 18, 2014

FAS Teambulding #FASLiquidMetal2014

Sunday, May 18, 2014





Seronok sebab my beloved team semua dapat pergi. This is my very 1st time pergi teambuilding. Last2 year semua ada hal. Akan ingat sampai bila2 moment ni. Thanks akak2 & adik2. Jom tengok pixa kami!

*rombongan cik enon. 2nd batch from Dayabumi.

*dinner tymee!!

*pose pose pose

*lagi pose pose pose

*kegilaan camera terserlah! 

*2nd day- breakfast dulu before aktiviti laut.

*team purple (williams) menang aktiviti laut! yeay!

*my girls! i love u ols!




Sunday, May 11, 2014

mother's day 2014

Sunday, May 11, 2014
happy mothers day semua! me love u ols!


Semoga Allah luaskan pintu rezki semua, panjangkan usia, diberi kesihatan yg baik. 

terima kasih utk segala2nya.






Tuesday, May 6, 2014

Al-Fatihah Pak Aziz Satar

Tuesday, May 6, 2014


Al-Fatihah

Terkejut dengar berita pagi ni, artis yg sgt ai suka dah pergi menghadap Allah swt akibat sakit jantung.

Moga Arwah ditempatkan bersama kalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh. Amin.


Lepas ni sure sedih tgok my fave cerita Pendekar Bujang Lapok! I'm gonna mishh you Pak Ajis!


*Last terserempak dgn arwah masa dinner kat Fiske Streakhouse Keramat AU2. Masa tu teruja woii. Ajis ada depan mata. Ajis yg aku terkekek2 gelak tgok dalam tv cerita Bujang Lapok kaler hitam putih tu. 😭😭😭

Saturday, May 3, 2014

#ikramaishah

Saturday, May 3, 2014

tahniah ikram & aishah! 

since sekolah rendah berkawan and alhamdulillah hingga ke jinjang pelamin. 

moga korang terus bahagia, kekal hingga ke jannah. InshaAllah.


Monday, April 28, 2014

cerita sabtu lalu

Monday, April 28, 2014
Seronok dapat jumpe team CAPS lama kat kenduri Kak Ina & Abg Sepul. 

moga kekal bahagia till jannah.


Lepas tu gi dating ngan kak noly ke Festival city. Lepas kepenatan jalan, minum2 and  relax kat Spa urut kaki. best gilos!




Dalam pukul 7, baru habis and keluar park kereta kat rumah mama jap. Kak Noly nak bawa ke Putrajaya makan2 sempena bufday my hubby. Before tu pickup si Nuar. Meriah sikit berempat.

thanks kakak! moga luas pintu rezki.

then balik dalam pukul 11. Si Nuar leh bantai nyanyi2 kuat2 dlm kete, sampai kt traffic light kak noly dajal dia, buka tingkap kereta. habis semua org pandang hahahaha. dah puas menyanyi, dia membuta. Aman sikit. hahaha



Lepas melantak, melalak2 cam org tak betul. dah penat..membuta. x ubah2 perangai hahaha bukan main dgn selimut bintang. haha 







Sunday, April 27, 2014

Happy Birthday Husband!

Sunday, April 27, 2014


Dear Sayang,



Your love is important and it’s what I need. 
Your love is everything because you complete me.
No matter how many years passed, you will always be the man of my dreams.
Thank you very much for loving me the way you do.
Thank God that the most kind and beloved person I’ve ever met married me.
Happy Birthday to the one and only love of my life!
Happy Birthday my dear husband!



Saturday, April 26, 2014

Bad Day!

Saturday, April 26, 2014

Kesian En.ChooNa!

Baru bayar tadi, dah kene langgar. haih!
Buruk sudah... 





Friday, April 25, 2014

TeamBuilding FAS/FS2

Friday, April 25, 2014
can't wait! 

hope all my beloved 'geletis team' will join togeda!

22 days to go...yipiee




Wednesday, April 23, 2014

Dengarlah Bintang Hatiku – De Meises

Wednesday, April 23, 2014

pagi2 dapat whatsapp hubby...berbunga2 hubby bagi lagu ni..siap lirik lagi..love u sayang!

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Dengarlah Bintang Hatiku – De Meises

Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku 

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Tuesday, April 22, 2014

Abang Jebat dah habis!

Tuesday, April 22, 2014

Cerita melayu yang sentiasa happy ending..but i like it! siapa yang tak suka happy ending? mebi dia tak berapa waras. hakhak 🙊

Habis suda cerita Bukan Kerana Aku Tak Cinta. So tak  perlu nak berebut remote astro dengan hubby dah and tiada senarai BKATC yang ai mengada rakam. 


hehehe semua orang berhak hidup gembira..yeayy!! 

Apple Putih


Apple putih!

Ini semua kebetulan. Betul! Tak tipu! 

Dulu mengada nak ipad. So 1st anniversary dapatlah iPad3. Sebab? Kemaruk nak main game. Ai mmg hantu game. Tak kesah game apa pun. Ai bedal sahaja!


Lepas tu Ai bosan sebab menyusahkan ai nak bawak kemana2. Lagi2 bawa ke office. Kau gila ke apa? Main iPad sebagak ni. Kau hengat bos kau nak tengok je? Paling2 bos aku tanya "eh you pakai ipad ha? you ada charger ipad? ipad ai bateri low" - nah, ni je soalan dia. Fuhh lega! 
Nah, ini mengada sebab ai yang request nak ni. Sebab? SMART doh! lagi satu ai memula nak pakai samsung tp kt office majority pakai samsung. so lain plss -gile penyabar laki ai layan. tanx be!
So nah! kira ni hadiah utk 2nd anniversary.

Lepas tu korang nak tahu apa ai nak lepas ni? hahahaha

tadaaaaa......ni dia...ni betul2 ngade


puas gile doh kalau dapat main game! tahi hidung dlm The Sims pun ai boleh nampak okay!


*hubby pls baca..pls pls pls*
*hubby pls baca..pls pls pls*
*hubby pls baca..pls pls pls*

Sumpah ai tak marah sapa bocor rahsia ni kat huby ai!



Sabar Itu Indah

Walaupun belum ada rezki utk dapat baby, ai tetap syukur sebab dpt husband yg memahami dan terima ai seadanya. Susah senang sama2. Seriously memang jeles tengok kawan2 dah ada anak n always update pasal anak dorg. 

Takpe ai percaya rezki ai belum ada. 

Perancangan Allah lebih baik. Walaupun setiap anniversary ai harap ai boleh bagi surprise kat hubby, tp jika Allah belum izinkan, so ai sabar je menanti sebab sabar itu indah akhirnya.


Monday, April 21, 2014

Syukur MH192 selamat

Monday, April 21, 2014
syukur Alhamdulillah pesawat MH192 selamat.

syukur Ya Allah.

moga ada kesudahan untuk MH370 pula. Amin.

#PrayForMH370