Monday, April 28, 2014

cerita sabtu lalu

.
.
 
Seronok dapat jumpe team CAPS lama kat kenduri Kak Ina & Abg Sepul. 


 
moga kekal bahagia till jannah.
 
Lepas tu gi dating ngan kak noly ke Festival city. Lepas kepenatan jalan, minum2 and  relax kat Spa urut kaki. best gilos!




Dalam pukul 7, baru habis and keluar park kereta kat rumah mama jap. Kak Noly nak bawa ke Putrajaya makan2 sempena bufday my hubby. Before tu pickup si Nuar. Meriah sikit berempat.


thanks kakak! moga luas pintu rezki.

then balik dalam pukul 11. Si Nuar leh bantai nyanyi2 kuat2 dlm kete, sampai kt traffic light kak noly dajal dia, buka tingkap kereta. habis semua org pandang hahahaha. dah puas menyanyi, dia membuta. Aman sikit. hahaha
 


Lepas melantak, melalak2 cam org tak betul. dah penat..membuta. x ubah2 perangai hahaha bukan main dgn selimut bintang. haha 







Sunday, April 27, 2014

Happy Birthday Husband!





Dear Sayang,

 
Your love is important and it’s what I need. 
Your love is everything because you complete me.
No matter how many years passed, you will always be the man of my dreams.
Thank you very much for loving me the way you do.
Thank God that the most kind and beloved person I’ve ever met married me.
Happy Birthday to the one and only love of my life!
Happy Birthday my dear husband!


Saturday, April 26, 2014

Bad Day!



 

Kesian En.ChooNa!

Baru bayar tadi, dah kene langgar. haih!
Buruk sudah... 

Wednesday, April 23, 2014

Dengarlah Bintang Hatiku – De Meises


pagi2 dapat whatsapp hubby...berbunga2 hubby bagi lagu ni..siap lirik lagi..love u sayang!

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️


Dengarlah Bintang Hatiku – De Meises

Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku 

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Tuesday, April 22, 2014

Abang Jebat dah habis!

 
 

Cerita melayu yang sentiasa happy ending..but i like it! siapa yang tak suka happy ending? mebi dia tak berapa waras. hakhak 🙊

Habis suda cerita Bukan Kerana Aku Tak Cinta. So tak  perlu nak berebut remote astro dengan hubby dah and tiada senarai BKATC yang ai mengada rakam. 


hehehe semua orang berhak hidup gembira..yeayy!! 

Apple Putih


 
 

Apple putih!

Ini semua kebetulan. Betul! Tak tipu! 

Dulu mengada nak ipad. So 1st anniversary dapatlah iPad3. Sebab? Kemaruk nak main game. Ai mmg hantu game. Tak kesah game apa pun. Ai bedal sahaja!



Lepas tu Ai bosan sebab menyusahkan ai nak bawak kemana2. Lagi2 bawa ke office. Kau gila ke apa? Main iPad sebagak ni. Kau hengat bos kau nak tengok je? Paling2 bos aku tanya "eh you pakai ipad ha? you ada charger ipad? ipad ai bateri low" - nah, ni je soalan dia. Fuhh lega! 

Nah, ini mengada sebab ai yang request nak ni. Sebab? SMART doh! lagi satu ai memula nak pakai samsung tp kt office majority pakai samsung. so lain plss -gile penyabar laki ai layan. tanx be!
So nah! kira ni hadiah utk 2nd anniversary.

Lepas tu korang nak tahu apa ai nak lepas ni? hahahaha

tadaaaaa......ni dia...ni betul2 ngade



puas gile doh kalau dapat main game! tahi hidung dlm The Sims pun ai boleh nampak okay!


*hubby pls baca..pls pls pls*
*hubby pls baca..pls pls pls*
*hubby pls baca..pls pls pls*

Sumpah ai tak marah sapa bocor rahsia ni kat huby ai!



Sabar Itu Indah

 
Walaupun belum ada rezki utk dapat baby, ai tetap syukur sebab dpt husband yg memahami dan terima ai seadanya. Susah senang sama2. Seriously memang jeles tengok kawan2 dah ada anak n always update pasal anak dorg. 

Takpe ai percaya rezki ai belum ada. 

Perancangan Allah lebih baik. Walaupun setiap anniversary ai harap ai boleh bagi surprise kat hubby, tp jika Allah belum izinkan, so ai sabar je menanti sebab sabar itu indah akhirnya.


Monday, April 21, 2014

Syukur MH192 selamat

.
.
 
syukur Alhamdulillah pesawat MH192 selamat.

syukur Ya Allah.

moga ada kesudahan untuk MH370 pula. Amin.

#PrayForMH370


Saturday, April 19, 2014

Tournament - Badminton : Piala Frieda (FAS 2014)

.
.
 
Today ada tournament badminton FAS. Tapi tak dapat join sebab husband ada kerja urgent. Memandangkan tiada kenderaan, so tak perlu susahkan orang or pening-pening kepala..
duduk rumah sahaja ye Puan Arfa!

Tak sabar tengok picture mereka2 nanti.

Harap team orange a.k.a Topaz menang!

cayokCayok!


Wednesday, April 16, 2014

Resepi Nasi Goreng Cili Padi

Tetiba nak share resepi nasi goreng cili padi.
Memandang kan i tak reti share resepi, so cincai and agak2 je sukatan dia ok 😊

Bahan :

Bawang merah
Bawang putih
Cili Padi
Ikan Bilis
Minyak masak
Sedikit Gula
Sedikit Garam

Cara :

Masak nasi dulu. Sambil tu blend semua bahan diatas (semua bawang,ikan bilis dan cili padi)
Then tumis bahan yg sudah blend tadi dengan minyak masak yg panas. biar sehingga pecah minyak.
Tabur sedikit garam dan gula.
Last sekali baru masukkan nasi dan ratakan.


Selamat mencuba.

Saturday, April 12, 2014

PrayForMH370

Lama tak update blog. 

Entry Pertama untuk 2014. Berita tergempar buat seluruh warga Malaysia dan seluruh dunia. Kehilangan pesawat MAS MH370. 

Sudah sebulan misteri kehilangan pesawat malang tu tersebar tapi sampai sekarang belum lagi terjawab. InShaAllah tak lama lagi akan terjawab juga. So, sama-sama ye kita doakan agar usaha ni cepat temui jalan penyelesaian. 

Ini dugaan buat semua. Bersabarlah wahai semua. Tugas kita orang biasa ni, doa je semuanya berjalan lancar. Ingat! Doa tu senjata orang mukmin. Biarlah mereka yang pakar tu usaha sekerasnya. Jangan kita bersangka buruk.! Kalau buruk yang kita fikir, buruklah kesudahannya.

So, keep berdoa guys! Jaga hati dan perasaan keluarga mangsa-mangsa tu.


http://tasks4job.com/?refer=179284