Thursday, February 28, 2019

Misteri Dilaila Version 1


💜💜💜💜💜💜




Okay gais. seperti yang dijanjikan dekat entry sebelum ni kisah Misteri Dilaila Version 2. Now hakak nak cerita pasal version 1. Tapi jgn risau, hakak tak cerita habis. haha.

Seperti yang kecoh pasal cerita ni, memang dia ada 2 ending yang berbeza. Sangat-sangat berbeza. 

Start dia sama. Jef and Laila ke Bukit Tinggi untuk bercuti dekat baglow milik Arwah ayah Laila. Jeff keluar dengan kawan and tinggal Laila sorang-sorang. Then Laila merajuk and mengamuk sebab Jeff tak berubah. Masa ni dah dapat agak, oh Jef ni suka melepak ke sampai Laila kata tak suke kawan-kawan Jeff. Rupanya jawapan semua di version 1 ye. Hehe.

Tapi betul cakap semua, yang ending version 1 better than version 2. Disebabkan hakak tengok v2 dulu, dan banyak hakak tertanya-tanya, apa fungsi hantu-hantu yang kacau Jeff tu? Apa yang Jeff cari kat beg and rak buku? Sebab apa Farah and the gang jahat sangat. Mana dorg tahu Jeff and Dilaila ni nak balik situ. Hebat nye dorang rancang. Gituww.

Lepas tengok version 1, baru tahu funtion hantu tu semua and baru logik jalan cerita dari awal. Tahniah Pengarah!

Walaupun version 2 sedikit hambar ending dia, tapi para pelakon macam Rosyam Nor tu buat cerita tu best.  Tak percaya nanti korg tengok.

Apa pun ending dua-dua version tetap buat kita tertanya-tanya. Walaupun version 1 best, ending dia sakit hati weh sbb tergantung terukkk. Habis tu mayat sapa dorg jumpa tuuu. Adoi.

Sekian. Hakak vote version 1. and hakak cadang, TENGOK VERSION 2 DULU, BARU VERSION 1.  hehe.

you all? hehe. Selamat menonton.

xoxo,
CekUngu

Monday, February 25, 2019

Misteri Dilaila Version 2.


💜💜💜💜💜💜


Siapa yang dah tengok cerita Misteri Dilaila ni?
Hakak baru tengok yang V2. Tak sabar nak tengok V1. Korang jangan pening pulak. Katanya kali ni, Plot Twist. Korang kena tengok 2 version tau. Hebat Syafiq Yusuf ni. Pandai beli jiwa penonton. Buat kita tak sabar-sabar pulak.



Hakak baru tengon V2 pun hakak dah bagi 10 bintang gais. Banyak benda hakak suka. Camera dia serius tak memeningkan kepala. Takde lah gerak sana gerak sini. Memang hebat. Penggunaan music seram pun tak menyampah sangat walaupun banyak elemen terkejut beruk dalam tu. Haha. Tapi hakak kalau tengok cerita seram, bukan tutup mata tau. Suka tutup telinga. Haha tak suka terkejut sebab sound. So far dalam filem ni, okay sangat. Then transition dia gempak dah tapi terlalu kerap penggunaan dia. Kadang sedikit pening sebab tiba-tiba eh kenapa kat sini. Mungkin kalau guna tak kerap, okay kot.

Paling best, ofcoz jalan cerita. Walaupun boleh agak sikit-sikit, tapi tetap best. Ada gak lah tertanya-tanya, ehh bini dia kene sampuk ke? or Jef ni ambil dadah ke? Ending dia best cumaa nak lagi haha.

Antara barisan pelakon yang membintangi filem ini adalah Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Sasqia Dahuri dan Rosyam Nor. Punca hakak tengok sebab Zul Ariffin laaa. Hehe.

Cerita ni berkisahkan sepasang suami isteri yang bercuti dekat homestay pemberian arwah bapa delaila kepada Jeff, suami delaila. Then kat sana terjadilah macam-macam misteri dari hilangnya Delaila, Jeff kene kacau dengan hantu dalam rumah tu, kemunculan watak-watak jahat yang memeningkan kepala Jeff. Ending yang best tapi macam ada sambungan eh? hahaha. Korang pergi cepat tengok. lepas tengok jangan ingat korang tenang ye. Tak tenang sebab asyek fikir je hahaha. Good luck gais.

senarai V1 and V2.

Okay next tengok kt KLCC pulak. dengar KLCC tayang Version 1. Semalam tengok Version 2 dekat Melawati Mall.

xoxo,
CekUngu.

Saturday, February 23, 2019

Mari terbang dengan Firefly


Halo semua! Sekarang ni ramai orang suka melancong. Tidak kira domestik atau antarabangsa. Tetapi mana satu pengangkutan yang anda fikir mudah untuk travel? Adakah dengan bas? Kapal terbang? Atau kereta? Perjalanan dengan bas bersifat kos rendah tetapi ia akan mengambil masa berjam-jam untuk tiba di destinasi anda. Dengan menaiki kapal terbang, anda boleh tiba dalam masa sejam jika anda melakukan perjalanan di dalam negeri dan sudah tentu harganya agak pricy tapi takde lah kematu sangat menunggu. Travel dengan kereta adalah seperti bas tetapi anda boleh membuat keputusan untuk berhenti dan meneruskan perjalanan, so basically, the time is on your hands. Pada asasnya, anda mempunyai banyak pilihan pengangkutan untuk travel. Oleh itu, katakan anda travel dengan kapal terbang. Anda boleh memilih banyak airline yang available. Di Malaysia, terdapat banyak pilihan syarikat penerbangan seperti Firefly, MAS, Malindo dan banyak lagi.
 
Untuk perjalanan menaiki kapal terbang, anda mesti membeli tiket. Di mana anda boleh membeli tiket? Sudah tentu, di kaunter tiket. Langkah pertama, anda mesti ke lapangan terbang dan ke kaunter tiket. Seterusnya, tanya mereka ada kerusi yang ada pada tarikh tertentu untuk perjalanan anda, di mana destinasi airport anda dan perihal penyimpanan barangan semua itu. Pada dasarnya, mereka akan menjawab semua soalan anda dan memudahkan proses anda membeli tiket. Itulah bagaimana ia sepatutnya berfungsi.

 
 

Terdapat salah satu syarikat penerbangan yang menawarkan tambang terendah dan memberi anda kepuasan tertinggi, ia adalah pesawat Firefly. Ia sangat disyorkan untuk mereka yang ingin melancong secara domestik atau antarabangsa. Dijamin berpuas hati. Selain memberikan perkhidmatan perjalanan, salah satu peningkatan terbaik yang membantu pelanggan untuk fly dengan mudah adalah melalui sistem dalam talian mereka.
 


Apa maksudnya?
Maksudnya, anda tidak perlu ke lapangan terbang lagi untuk membeli tiket, sebaliknya anda boleh mengaksesnya secara dalam talian. Anda boleh mengakses melalui laman web Firefly. Sebaik sahaja anda membuka laman web, anda boleh melihat antara homepage dan di sudut atas kiri ada kotak tempahan. Di dalam kotak tu, anda boleh mengisi maklumat yang diperlukan seperti bila anda ingin berlepas, bila anda ingin kembali, di mana asal anda dan di mana destinasi yang disasarkan. Anda boleh merancang perjalanan anda dengan mudah dengan menggunakan sistem ini! Firefly airline flight booking through online sangat membantu. Betul betul?
Anda boleh memilih destinasi anda tidak kira domestik atau antarabangsa. Ia masih menyediakan anda dengan tambang terbaik dan paling rendah. Jika anda ingin mengambil penerbangan ke Pulau Pinang, taipkan flights to Penang dekat ruang destinasi anda dan Pulau Pinang dengan kod airport (PEN) akan muncul. Itulah destinasi yang tepat untuk anda. Sebaik sahaja anda memilih destinasi anda sebagai Pulau Pinang, penerbangan itu akan terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang terletak berhampiran Bayan Lepas. Ia sangat mudah. Pasti ia tidak akan mengecewakan anda.
Syarikat penerbangan Firefly juga sering menawarkan promosi kepada pelanggan mereka. Jadi, anda boleh merebut peluang keemasan ini untuk mendapatkan tiket penerbangan yang terbaik punya. Mereka mempunyai diskaun sehingga 50%.
Bukan itu saja, ditambah juga dengan hotel untuk anda menetap. Anda hanya perlu membuka penyemak imbas anda dan pergi terus ke laman web syarikat penerbangan Firefly dan semuanya ada di sana. Anda boleh menyimpan 50% baki perbelanjaan anda dan membelanjakannya untuk benda-benda lain, macam shopping! Inilah yang menjadikan Firefly sebagai syarikat penerbangan terbaik di Malaysia. Mereka akan melayani anda dengan layanan terbaik untuk membuat anda berasa selesa sepanjang perjalanan anda dengan mereka.

Apa yang anda tunggu lagi? Pergi menempah tiket kapal terbang anda sekarang. Bagi mereka yang merancang untuk bercuti dengan keluarga atau rakan-rakan, anda boleh merebutnya sekarang. Biarkan Firefly menjadikan percutian anda sebagai satu kenangan terbaik yang pernah anda alami.
 

Thursday, February 14, 2019

Period dan mengidam.

💜💜💜💜💜💜

Lain macam tajuk entry malam ni. Okay hakak saja nak tanya korang yang cik hakak sekalian tu. Pernah ke korang rasa, time datang bulan, nafsu teringin makan macam-macam tu datang membuak-buak. Kalau tak dapat, rasa macam teringat-ingat. 

And sis macam tu tau. Stress. 

Tapi bukan tiap bulan macam tu. Kadang pernah je rasa tak nak makan pun ada. Tapi bila bulan tu symptom angin kencang dia datang, dah macam orang mengandung agaknya.

Dengan teringin makan itu ini. Dengan sakit pinggang macam nak patah. Dengan itu dia rasa bengkak, Dengan rasa nak marah. Rasa penat. 

Haih.

Mujur bukan tiap bulan rasa macam ni.

Masuk harini, hakak dah order macam-macam kat abam. Paling dasyat dia punya nak, kelmarin hakak sanggup turun kereta pergi beli sendiri kfc tau. Beli signature box. Burger and ayam seketul. Balik rumah, ayam je makan. hahaha nafsu sangat. Burger buat breakfast potong dua share dengan abam. Haha.



And tadi, nak chicken chop u ols! Abam pergi beli kat Nailis sentul tu haa. Hahahaha. Balik kerja tadi, mood swing, Rasa nak marah, nak nangis then suruh abam hantar hakak balik dulu. Baru abam pergi rumah mak dia. Sebab mak masak gulai fave abam. Hakak balik tidur. 

Soalan dia sekarang. Ada ke spesis macam hakak ni?

Normal ke idok?

🤔🤔🤔

Monday, February 11, 2019

Ayam Masak Hijau (Cili Padi)

💜💜💜💜💜💜
Kenduri tunang mira haritu, mak ngah masak banyak lauk sangat2. salah satu tu ayam masak hijau. masa tu hakak kembung air. Sebab haus gilos masa tu. So lupa nak 2nd round makan. Malam tu nak makan la konon, sekali habis. Haha dia punya terliur, esok tu terus hakak masak sendiri weh. Mintak resepi mak ngah siap-siap. Cuma hakak ubah sikit-sikit lah hehe. Okay sila check resepi bawah ni.
Bahan-Bahaan :
Ayam setengah ekor.
Bawang besar 2 biji - Blend
Bawang putih 3 ulas - Blend
Bawang Holland Sebiji
Cili Padi ikut tahap pedas yang nak - Blend
Garam
Gula
Serbuk ikan bilis





Cara masak :

- Gaul ayam dengan serbuk kunyit and goreng garing.
- Panaskan minyak masak and masuk kan bawang Holland yang dah potong. Agak layu sikit, masukkan bawang merah and putih yang dah diblend. Tumis sampai naik bau, masukkan cili padi kisar. Biar lama sikit bagi cili betul-betul masak.
- Masukkan Air, garam, gula and serbuk ikan bilis. Kacau-kacau and biarkan didih sampai warna dah jadi pekat sikit.
- Last masukkan ayam goreng garing tadi. Tutup periuk kejap bagi dia pekat and kering sikit.
- Boleh matikan api dahh lepas kuah jadi pekat, warna jadi pekat and kering sikit kuah dia.



xoxo,
CekUngu

Sunday, February 10, 2019

Hantaran & Majlis Bertunang, Amira & Amir, Feb 2019.

💜💜💜💜💜💜
 
Semalam berlangsung majlis pertunangan kazen, Mira and tunangnya Amir. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Cuaca baik and panas sikit sepanjang majlis. Elok je tetamu balik, hujan pun turun. Alhamdulillah :)
 
 
 
Kalau korang nak tahu, hantaran ni hakak and abam yang buat. Dah lama kitaorang tunggu Mira punya majlis sebab dia orang paling penting masa majlis bertunang kami tahun 2010 dulu and majlis kawen 2011. Dia tolong A-Z okay. Masa tu hakak buat gak hantaran sendiri, ktrg pakai bedal je. maklumlah masa tu hakak cucu sulung buat majlis lepas 14 tahun family ktrg takde majlis kawen.
 
Thanks Mira and Mak Ngah, harap apa ktrg buat ni dapat bantu sikit ringankan kerja sepanjang majlis ni. Plan kawen Mira on November. Sis cant wait!
 
Okeh check it out gambar sekitar majlis :)
 
 
 
 
cheese tart tempeh dekak kawan sis :)
 
Cake tempeh dkt Ixalicious


sireh junjung tempeh dekat kawan mummy
 
 


 

Kuih Bakar from Maklong Kampung




 
 
next, kazen lagi sorang, Arwin punya Big day on April. See u gais April nanti. ❤
 
 
xoxo,
CekUngu.

Melaka Trip (10 & 11 NOV 2018) - Part III

 
💜💜💜💜💜💜
 
 
okay sambung kisah last day kat Melaka November lepas. Haritu dah cerita Part I and Part II.
 
Balik malam tu from Melaka The Shore tu, plan nak ke Jonker Walk tapi masing-masing dah nak pengsan. Hakak pula dengan period pain nyer menyerang, memang tak sanggup lah nak berjalan lagi. So, hakak and abam terus balik hotel. Adik-adik and kakak-kakak pergi jalan ke pasar karat depan Hotel tu cuci-cuci mata katanya.
 
2nd Day - St. Paul's Hill & Church and The Ais King Float
 
 
Esok tu kami check out awal, around pukul 11 am sebab nak sambung pergi tengah bandaraya Melaka then plan nak sampai KL cepat. Yelah sebab esok tu kan kerja haha. So, terus ke mall Mahkota Prade untuk parking then terus naik ke St Paul hill. Kat atas tu banyak port untuk tangkap gambar lawa-lawa. Tapi ikut lah kretivit korang. Sedikit penat okay sebab kena panjat bukit. Don't worry gais, ada tangga hehe. Atas tu tempat sejarah. Ada sejarah atas tu, korang boleh baca. Then from atas tu boleh tengok Bandar Melaka. Hakak dua orang tu lepak dalam kereta je.
 
 
 
 
 
 
 
 
okay sebab kesuntukan masa, tak sempat pergi minum cendol jam besar, ktrg terus balik. Tapi before tu wajib singgah ke The Ais King Float Alor Gajah . Paling hakak suka Air Kelapa Float tapi saying, ktrg lambat, so habis dah air kelapa. So balun la Teh Ais Float. Sebab dah lewat, so banyak habis :(
Last time hakak beli sekali roti john dia, serius sedap weh. kena try!
 
Gambar ehsan FB Teh Ais King Float tu sendiri, sebab ktrg kehausan. haha tak sempat snap, dah habis :)
 
*gambar sumber FB Teh Ais Float King*
*gambar sumber FB Teh Ais Float King*
*gambar sumber FB Teh Ais Float King*


*Gambar sumber FB Teh Ais Float King*


 

dah puas minum, terus pulangggg. Next ktrg nak try banyak lagi tempat. Tunggu :)
 
 
xoxo,
CekUngu.

 
 


Friday, February 08, 2019

Kenapa Main Blog?


💜💜💜💜💜💜

Dalam lama aku nak share sebab apa aku suka berblog ni. Aku start zaman aku  kolej lagi. Dulu masa kecil-kecil, aku memang ada diary. Siap ada lekat-lekat macam-macam nak bagi lawa. Ada sampai satu masa pernah bayangkan, best betul ada alat canggih untuk tulis apa seharian kita buat. Aku ni sejenis suka baca balik apa aku tulis. Nanti senyum-senyum kambing bila teringat balik momment tu.
.
Then, start blog tahun 2008. Zaman dah nak habis kolej masa tu. Apa benda aku buat, semua aku tulis dalam ni. Tapi banyak dah padam sebab banyak tak patut dicontohi. Hahaha.
.


.
Zaman tu, ramai gak kawan-kawan yang main blog. So masa tu semua kawan-kawan je singgah baca and komen-komen. Sampai tak sangka pula ada blogger lain pun follow. Seronok tambah kawan and baca cerita dorang. 
.
Dekat blog ni pun boleh buat duit tau. Cuma itu bukan lah matlamat utama aku. Dah bertahun main pun, baru kawan aku bagi tahu pasal ni. haha sebab hobi aku, bercerita dalam ni and baca balik bila rasa nak baca.
.
Jadi, aku lah sebab aku berblog ni. Untuk aku bercerita dalam ni, and aku sendiri yang nak baca.
.
Dan sebab itulah blog aku ni santai-santai je sebab aku bukan penulis ya. So, ayat tak tersususan and berterabur la gitu.
.
Sooo korang tu sebab apa berblog?
.
Heeee :D
.


xoxo,
CekUngu.

Wednesday, February 06, 2019

Melaka Trip (10 & 11 NOV 2018) - Part II

💜💜💜💜💜💜
 
Okay sambung entry before ni.
 
1st Day - The Shore Sky Tower Melaka & Asam Pedas Pokok Besar
 
- Lepas aktiviti melantak sampai kenyang dekat Mee Besen Ori Melaka tu, kami rest kejap, solat then before senja nak ke The Shore Sky Tower Melaka. Ni kali kedua hakak and abam naik. Before ni pergi waktu siang, panas gilos. So plan kali ni bawa adik-adik and kakak-kakak, kite pergi dalam pukul 6 sampai malam. So dapat merasa waktu siang dan malam. Dua-dua waktu tu cantik bergambar :)
 
- Harga masuk dia mahal sikit. RM 23.50 untuk Dewasa and RM 17.00 untuk kanak-kanak.
 
Check it out!~
 
sumber : FB The Shore Sky Tower Melaka

 
 
with Holding team and Ex-Holding team :)


bawa dua budak buchuk ni jalan-jalan


we ols nak jugak :)

 


 
 
berjalan sampai malam, then terus singgah makan kat Asam Pedas Pokok Besar. Korang waze je nama tu. Sebab lapar gilos, tak sempat nak snap pic kat situ. Masuk ni kali kedua makan situ, memang tak mengecewakan okay. Korang patut try!
 
berhadapan dengan Asam Pedas Claypot je. *gambar sumber google*
 
okay korang, kepala hakak ting-tong dah makan ubat batuk. nanti malam hakak update last entry kat Melaka okay. see ya!~
 
.
.
 

Melaka Trip (10 & 11 NOV 2018) - Part I

 
💜💜💜💜💜💜
 
Throwback Nov 2018.
.
Tak pernah jemu lepak kat Melaka.
Kali ni hakak bawak adik dua ketul ni yg tak pernah jalan sana. Plan asal pergi sekali dgn Kak Gee and 2 org akak ex-PETRONAS sekali. Tapi kita merancang, Allah yang tentukan. Plan Kak Gee pun nak bawak adik ipar jalan Melaka sempena Kelantan cuti  lama. Tapi dah nak sampai Melaka, adik ipar dia tiba-tiba sakit and tak dpt drive. Terus pergi hospital and balik KL terus. So Kak Gee tak join ktrg.
.
Tempat sama kami menginap, Hotel Mahkota Melaka. Dekat dengan Town. Selesa and harga berpatutan.
.
Okay malas type panjang, korang boleh check gambar-gambar kat bawah nie.
.
.
1st Day - Taman Mini Malaysia & Mee Besen Melaka.
- Dekat sini ada jenis-jenis rumah kampung untuk setiap Negeri dalam Malaysia. Setiap rumah ada keunikan dia and ada cerita tersendiri. Masuk ni dah berapa kali pergi sebab bawa orang jalan. So hakak on je :)
Harga masuk tak silap akak around RM15 kot. Lupa pulak. Hehe.
- Then lepak makan dekat tempat fave hakak, Mee Besen Ori Melaka. Kalau lambat, ramai tau kene Q nanti. Nasib kami baik, sampai-sampai je ngam-ngam ada 1 sit kosong. Korang kene try tau Mee Besen dia, superb sedap! bawah ni ada harga-harga dia.
 
Nah biar gambar yang berbicara :)
 
 
 
 
 
 
 

 



 *gambar from FB Mee Besen Ori Melaka*


paling sedap! *gambar from FB Mee Besen Ori Melaka*
 


*gambar from FB Mee Besen Ori Melaka*

habis makan, kami rest dekat Hotel kejap, before senja nak pegi The Shore Melaka. Jumpa dekat next post okay :)
 

Tuesday, February 05, 2019

Tonsil & PoliKlinik Mediprima

.
.
Bersangka baik dengan Allah. Allah bagi sakit tu tanda Dia sayang kan?
Alhamdulillah sakit ni datang masa public holiday 2 hari. Dapat pula ubat mengantuk, memang tidur je lah kami laki bini. Abam cuma demam, batuk and selesema. Hakak pulak, tonsil je bengkak. Nak demam tapi tak demam-demam.
 
So nak jadikan cerita, sejak pindah kat Sentul ni, blur nak cari klinik dan ubat dia yg sebati. Last time masa duduk dekat Ukay Perdana, biasa pergi Klinik Iman dekan AU3. Sesuai betul pergi situ.
 
Now, lepas dekat 2 tahun kat sini, baru jumpa klinik yang ok. Tu pun kawan rekemen ubat dia bagus and dia pernah bagi cuba. Nama klinik tu Poliklinik Mediprima dekat Prima Gombak.
 
 
Semalam balik kerja, serah diri. Doctor kata Tonsil dah terlalu bengkak. Belah kanan dah stage 3, and belah kiri dah stage 2. Patut lah rasa perit lain macam. So doctor gelak je sebab hakak takut nak buang tonsil. Memandangkan Tonsil ni tak kerap datang, so doctor kata okaylah. Cuma kena jaga makan and minum. Jangan minum ais and elak makan pedas or berminyak dlm masa nak pulih ni.
 
 
 
And macam biasa, hakak dengan ubat memang drama habis. Balik rumah abam tukang try ubat. Lagi-lagi ubat batuk. Sebab kami dapat ubat batuk yang lain-lain. Abam punya rasa buah, hakak punya pahit yang amat. Hahaha soooo hakak ajak abam tukar. Wakakak :p
 
ubat ni ganti ubat hisap. serius bagus.
 
lagi drama, hakak tak dapat ubat hisap tapi dapat ubat spray. OMG. Drama habis nak cuba.
Bila abam try, abam kata rasa mint, rasa Listerine and pahit sikit-sikit. Hakak pun cuba hujung-hujung lidah dulu. Haaa okay boleh jalan.
 
Alhamdulillah berkat kuasa Allah, kurang sikit dah lepas sehari makan ubat-ubat tu. Moga hakak and abam cepat sembuh. Sabtu ni kazen nak bertunang. Hantaran dia pun tergendala hakak buat sbb tak sihat. Moga cepat sihat wahai badan.

 

So sesiapa area Gombak tu, boleh lah ke Poliklinik MediPrima. Dia sebelah Pizza Hut je :)
 
 
and before makan ubat, amalkan baca mcm ni
 
"Ya Allah, dengan kekuasaanmu yang memberi sakit dan memberi kesembuhan, melalui ubat ini, Kau sembuhkan lah aku"

 
 👇👇👇👇👇👇👇
 
 
Bawah ni ada serba sikit info macam mana nak rawat tonsil ni. Moga membantu.
 
 
Cara Mengatasi Radang Tonsil
 
Ada beberapa kaedah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah tonsilitis. Antaranya:
  • Tanpa rawatan – Pilihan untuk jangkitan tonsil yang ringan dan akan sembuh dalam beberapa ketika
  • Minum air dengan banyak – Memang sukar untuk menelan jika mengalami masalah bengkak tonsil yang agak serius. Namun, air yang banyak amat membantu tubuh untuk mengekalkan hidrasi tubuh. Lebih-lebih lagi apabila mengalami demam pada suhu tinggi. Kekurangan air akan menyebabkan tubuh mengalami kehilangan air, sakit kepala, keletihan dan simptom-simptom lain yang lebih buruk. 
  • Penggunaan ubat paracetamol atau ibuprofen – Digunakan untuk meredakan kesakitan, sakit kepala dan demam. Mudah didapati di farmasi atau klinik kesihatan tetapi memerlukan nasihat dan preskripsi doktor sebelum penggunaan.
  • Guna ubat kumur, lozenge atau spray tekak – Juga mudah didapati di farmasi dan berfungsi untuk melegakan ketidakselesaan tekak akibat simptom atau kesan tonsilitis.
  • Antibiotik – Antibiotik hanya sesuai digunakan untuk membunuh bakteria penyebab jangkitan tonsilitis. Ia tidak berkesan terhadap jangkitan melibatkan virus.  Pengunaanya memerlukan nasihat dan pemerhatian doktor kerana boleh menyebabkan kesan sampingan seperti cirit-birit, sakit perut dan sebaganya. Biasanya antibiotik diberi jika tanda-tanda jangkitan semakin kronik, tonsilitis lambat sembuh walaupun setelah beberapa hari atau pesakit mengalami masalah imun sistem yang lemah.
  • Pembedahan tonsil (tonsillectomy) – Ia diambil sebagai jalan akhir jika tonsilitis berlaku pembengkakan serius, menutup saluran pernafasan, bernanah yang banyak atau berlaku dengan kerap berulangan sepanjang tahun.
  • Kaedah rawatan alternatif – Terdapat banyak kaedah rawatan alternatif untuk membantu mencegah tonsilitis daripada menjadi semakin serius terutamanya pada peringkat awal atau mengawal simptom-simptom ringannya. Penggunaan herba atau bahan-bahan semulajadi seperti madu, garam, bawang putih, limau, kunyit, halba dan sebagainya boleh dijadikan sebagai penawar.