Sunday, October 13, 2019

Tips ke Kidzania, Kuala Lumpur.




15SEPT2019 : throwback last month. reward untuk Hidayah and Fatehah sebab rajin and pandai belajar.

Pergi awal pagi sampai petang and sis salah timing. patut pergi selain dari hari ahad sebab ahad tutup awal around 5pm. so tak sempat nak main semua. pluss ada pulak rombongan budak sekolah. maka lagi lama lah, sebab ada sesetengah 'job' kene ambil nombor giliran utk buat kerja tu.

overall okay and enjoy. memang sesuai utk budak-budak sekolah rendah. Dapat dedahkan dorang awal2 benda ni, so dorg tahu yg bukan senang untuk jadi orang dewasa, kene kerja baru dapat upah. Elok pula mainan dekat sini, lepas buat kerja, dorg pun dpt upah gak tapi ada gak sesetengah tu, kita kene bayar untuk join aktiviti tu. Just guna duit kidzania lah and duit tu boleh kumpul and reedem tukar dgn brg2 dekat kedai khas dia. Duit ni setiap kanak-kanak akan dapat 50 kidzos.

and paling berharga, dorg dapat pengalaman and ilmu utk semua benda tu. moga benda ni, buat dorg semangat lagi nak belajar and dapat capai apa yang dorang nak jadi bila besar nanati.


Perkara penting yg kena parents ambil tahu before masuk Kidzania :

- Beli tiket secara talian. Cepat and kadang2 ada promo untuk belian secara online. Sampai sana still kena beratur utk tebus duit 50 kidzos utk anak-anak. Semua penjaga pun please beratur sekali sebab kena pakai jam khas utk masuk situ.

- Untuk permainan yg menjadi tumpuan orang seperti Bomba, polis, Mcd dan beberapa lagi, bukan boleh main terus. Tapi kena Q utk dapatkan nombor giliran. Dekat pintu masuk nanti ada kaunter khas. boleh snap jadual masa tu siap2. 

- Parents pelase ingat ya. Ini untuk anak2 anda berdikari, so tak perlu ikut anak beratur sekali sebab parents tak boleh Q utk anak2. Last time sis pergi, anak2 beratur kt tengah2, kiri kanan mak bapak keliling. ada yg kipaskan, bagi air bla bla. Pls bagi ruang kt mereka. dah mak bapak keliling, mana tak panas anak2 tu. lol!

- Hanya air masak je yg boleh bawa masuk. makanan tak dibenarkan. So siap kan duit lebih sebab makanan dalam tu mahal nau nau. Nak keluar makan pun tak boleh, nnt anak2 lapar kan? so standby je duit lebih. kesian anak2 nnt.

- Mainan dalam tu byk, so parent kene pandai bahagi masa biar anak2 dpt main semua mainan tu. bayar mahal2, rugi tak dpt main byk2. 

- Ada sesetengah job tu anak2 akan dpt upah, dan ada sesetengah tu mereka kene byr. tapi pakai duiy Kidzos je. So baca arahan kat sebelah tempat main tu.

- Dekat tingkat atas, ada ruang rehat utk parents. Anak2 tak dibenarkan masuk. Dalam tu ada Coffee house utk parents santai2. rehat2. 

okay tu je kot tips yg nak dikongsi. moga bermanfaat utk korang semua.

.
.
.

1 comment:

Thank you for comment. Will reply soon :)