Saturday, June 22, 2013

Masih belum ada rezki

Sabar ye Arfaeza...masih belum masanya. Berprasangka baik shj terhadap perancangan Allah swt. Memang setiap org yg lepas kawen, mahukan zuriat. Antara cepat dan lambat je. Serius aku x stress sgt psl benda ni..dah lali dgn org sekeliling yg x abes2 tnye bila nak ada isi. Kadang2 kesian org yg tnye tu..tetibe dorg x leh pk kan siapa yg bg rezki tu...serius 80% dari org yg tnye tu..bukan yg mengambil berat. Tp dah mmg gaya mak nenek suke tnye..takpe..dorg x rasa..so dorg tak tahu wlupun pada zahirnya dorg tu perempuan gak...anggap je dorg tu tak de perasaan..so tak yah layan..

Mungkin juga ada org fikir yg kita ni degil..tak ikut nasihat dorg. Tp pls la...tak kan semua kita nk cerita kenapa kita buat or kenapa kita tak buat kan? Tak semestinya kita tak fikir or gunakan cadangan dorg...tp tu la..tak semua kita boleh cerita...tp pelik..ada je org yg bertanya tu penah lalui nasib mcm aku...but still tnye aku mcm aku takde perasaan. Oh ya, manusia...dia da lepas...dia lupa la apa jadi kat dia dulu...

Tapi x pe u ols..aku maafkan...mmg setiap pertanyaa korg tu buat aku terasa hati. Tp aku senyumkan n layankan aja...sekejap tu je terasa sbb kalau ikut perasaan melarat n stress nnt..so x yah fikir.

Nasihat aku utk org senasib dgn aku....

-sentiasa berprasangka baik dgn Allah swt, sbb yg beri rezki Dia..bukan org2 yg suke tnye2 tu.
-layankan aja pertanyaan mak2 nenek semua tu.just jwb 'belum ada rezki dari Allah' haa ayat tu penting utk remind dorg rezki tu dari Allah.
-keep on usaha dan plg penting jgn putus doa kat Allah swt sbb Dia Maha Pendengar, Maha Mengasihani..Maha Besar..dan berserah pd Allah swt.
-jgn tinggal solat sbb tu kewajiban kita kan?
-usaha gak cara traditional..

So mari kita usaha lagi :)

Nota kaki utk mak2 nenek:
Sebelum tnye, fikir dulu n ingat k..soal zuriat ni sensitif..awk dah lepas,so awk bersykur je n doakan utk saya k. Jgn asyek mendesak..bertanya..sbb x membantu pun. Sekali ckp dah..xperlu setiap kali jumpe..asyek ulang isu ni...ingat..tak semua kita boleh share kan? 

Sunday, June 16, 2013

Happy Father's Day Babah!

 
 

 
Babah,
No words can describe how much i need you n love you! Thanks for everythings...
Yes i love you!

"..Ya Allah Ya Tuhanku..Kau ampunkanlah dosa kedua ibubapaku..Kau lindungilah mereka..Kau luaskanlah pintu rezki buat mereka..Ya Allah..Kau berikanlah mereka kekuatan dalam menempuhi hari2 mendatang ini..Kau panjangkanlah usia mereka..Ya Rahman..Ya Rahim..Kau jauhilah mereka dari azab api nerakaMu..Kau ringankanlah seksa kubur mereka..Kau masukkanlah mereka kedlm syurgaMu Ya Allah..Kau kasihanilah mereka..Kau lindungilah mereka dan Kau sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangiku..Sesungguhnya Kau lah Tuhan yang Maha Besar..Maha Pendengar..Maha Melihat dan Maha Pengampun...Kau perkenankanlah doa2ku..Amin Ya RabbalAlamin..."

Saturday, June 15, 2013

Adelia Nurqisya 13th June 2013

.
.
 
Welcome to da world babby qisya! Sgt comell like her sista, Adra Irdina.. Congrats to my dear kak basya n abg naem..moga dikurniakan rezki yg melimpah ruah dgn kehadiran 2 puteri ni..InShaAllah..

Heee hope lepasni ada rezki buat kami lak..InShaAllah...
 

Sunday, May 19, 2013

Bye2 Kak Y & Hepy Bufday Kak Ima!

.
.
Jumaat lepas last day Kak Y, so kami buat sedikit farewell utk dia..just beli cake & sponsor lunch. Then jumaat tu gak bufday Kak Ima, saja kami tak wish dia dari pagi wlupun dia sebok tunjuk hadiah bufday from hubby dia..hahaha lawak Kak Ima tu..mcm2 hal..

So..checkITout picah...







Tuesday, May 07, 2013

MENGAPA TUN MAHATHIR SEDIH?


.
.
 
SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.
Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.
Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.
Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.
Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.
Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.
Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.
Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.
Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.
Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.
Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.
Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.
Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.
Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.
Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.
Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.
Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.
Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.
Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.
Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.
Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.
Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.

-Tun M-


Moga Allah swt memberi petunjuk pada semua dan moga Allah swt merahmati dan melindungi bumi Malaysia tercinta serta seluruh hambaNya. Amin.

Sunday, March 03, 2013

Bukit Malawati, Kuala Selangor.

❤❤❤❤❤❤❤
 
Perghhh penat! Tapi bahagia sbb lama x jumpa kerabat sebelah mama...hari nie anak wak musa kawen....nenek belah babah pun join ngan makcik2... Lepas lepak dlm sejam kat umh pengantin...kami ronda kat bukit malawati plak...layannnnn...




 
Next yuk ke Bukit Malawati, Kuala Selangor.
 
Kena parking kereta dekat bawah je, sebab kereta tak boleh naik ke atas ye. Tak ingat pulak berapa tiket dia hehe. tapi murah-murah je.
 
Situ tempat bersejarah, so of course lah pasal sejarah zaman dulu-dulu. Ada Rumah Api and kubu zaman kesultanan melayu dulu.
 
Masa naik atas tu, Nampak la ada batu-batu besar kat lereng bukit ni. tempat ni tinggi, sebab tu kena naik tren dia sediakan.
 
Sampai kat atas tu, tempat ada meriam banyak-banyak tu, ada banyak sangat monyet. Siap ada pakcik jual makanan untuk monyet. Monyet-monyet situ ada yang baik and noty-noty. Hehe. FYI, monyet-monyet tu tak akan kacau pakcik jual makanan monyet tu. Sebab kat motor pakcik tu ada patung harimau. Hahaha monyet-monyet tu takut dengan patung tu. Adoilah.
 
Then kat atas tu ada gak Muzium Bersejarah. Tak sempat nak ambil gambar. Khusyuk sangat baca bahan-bahan sejarah tu. Hehe
 
Banyak lagi lah tempat atas tu. tapi tak sempat nak pergi sebab nak balik KL dah.

kereta tak boleh naik, so kene naik tren yang dia sediakan.




Monyet memang byk giler weh. hakak takottt.








Saturday, March 02, 2013

Weekend bersama family

.
.
Sepetang di sungai congkak. Mama plan last minit..haishhh..layankan ajeee....n potong cake sempena bufday wak n mamat.... Check it out...



Saturday, February 09, 2013

Our new babby! 06.02.2013

.
.

Ini husband yg punye...semua kucing dia colour sama je..huhuhu nama dia x sure apa. kami panggil chichi je...si nuar lak panggil Prince Caspian a.k.a P.C hahahaha



Sunday, February 03, 2013

Bye Coco (3 Feb 2013)

.
.
 
Jiwa kacau betul bila fikir pasal Coco. Menyesal betul semalam tak tengok dia kat rumah mama. Semalam betul2 tak larat. Semua demam, batuk n selesema punya hal. Teringat masa ambil Coco dulu..

Coco ni kawan kak Noly yang bagi. Duduk keramat AU2 je. Padahal masa tu ada 3 ekor kucing parsi. Warna putih, dark brown n coco. Dalam 3 tu, Coco paling kecik n pendiam. Tak agresif langsung! Lagi pun aku mmg suka colour dia. So tak fikir panjang and terus ambil. Mewah dia masa tu. macam2 aku belikan termasuk sangkar colour purple. Siap ktrg buatkan bantal untuk dia.saung bantal tu lebihan kain baju jahit kak Noly..hehe

Lama kelamaan Coco dah sebati ngan kami. Cuma ngan Mamat dia tak suke betul! Sbb suka buli dia..dia suka kat aku je..sbb aku tak mandikan dia..tak marah2 dia..suka belai dia..sbb aku takot dukung kucing. Lagi2 Coco ni jenis tak suke org sentuh kaki belakang dia. Marah gile dia..teringat masa dia sakit. Ada ulser dlm mulut. Doctor tu terkejut tgok dia sbb terus mengamuk lps pegang kaki dia. Aku yg takut2 masa tu beranikan diri gak usap kepala dia. Baru dia cool. Apapun Coco kene tahan wad 2 hari. Rindu tak ingat masa tu!

Teringat masa zaman bujang. Dia bangun tidur dulu dari aku. Lepas mandi aku kene lepaskan dia. Time tu lah dia akan folow je mana aku pegi. Aku mekap pun dia duduk plg depan kt cermin..main2 tgok muke comot dia tu. cukup masa aku nk gi keje dan2 tu dia baring depan2 aku suh belai dia..sentap sbb aku kene keje. Balik keje mama kata dengar moto je tgok kt tingkap..pastu aku naik tangga dia da kat pintu. Masa tu mama dah tau mst aku balik..bahagia masa tu!

Dekat2 aku nak kawen..aku suka borak ngan dia. Aku ckp "Coco akak nak kawen, nanti Coco duduk je sini ngan mama. Akak tak leh bwk coco.nanti free2 akak datang. Tapi tak selalu" dia pandangg je mcm fhm. Masa tu gak aku meleleh2. Tak leh bayangkan balik keje tak nampak coco.

Lepas kawen, tak keruan aku duk umah mentua tengok2 kucing lalu lalang. Mst pk coco. Asal ada masa singgah umah mama sbb nk tgok Coco. Sampai aku pantun2 kat mak mertua psl kucing. Tapi tak berhasil. Konon aku nk bwk coco la.huhu

Sampai aku pindah Ukay Perdana niat nak bwk coco duduk sama tp masalah nye tu umah sewa je..then pk2 ah nekad nak bwk. Nak letak coco kay balconi. Tp kalau hujan mcm mana? So ngah kumpul duit nak beli cover untuk balconi luar. Maklumlah baru pindah bnyk duit keluar..lepas satu2 kelengkapan rumah aku beli. Now terkilan tak sempat pun beli brg tu tapi Coco dah mati dulu.

Ya Allah satu je ku pohon, kau berkatilah duit yg aku belanja utk makan, pasir dan keperluan Coco tu. aku ikhlas kerana Mu Ya Allah. Aku inginkan ganjaran Mu sbb tu aku bela Coco. Dan aku tau dia kesayangan kekasihMu Nabi Muhammad SAW.

Friday, January 18, 2013

Mimoi ohh mimpi

.
 
Hurmm buat keberapa kalinya mimpi psl anak...kali ni lain mimpi..bersalin dan dapat dukung anak tu...baby girl lagi..heeeee moga mimpi jadi kenyataan..in sha Allah