Saturday, February 09, 2013

Our new babby! 06.02.2013

.
.

Ini husband yg punye...semua kucing dia colour sama je..huhuhu nama dia x sure apa. kami panggil chichi je...si nuar lak panggil Prince Caspian a.k.a P.C hahahaha



Sunday, February 03, 2013

Bye Coco (3 Feb 2013)

.
.
 
Jiwa kacau betul bila fikir pasal Coco. Menyesal betul semalam tak tengok dia kat rumah mama. Semalam betul2 tak larat. Semua demam, batuk n selesema punya hal. Teringat masa ambil Coco dulu..

Coco ni kawan kak Noly yang bagi. Duduk keramat AU2 je. Padahal masa tu ada 3 ekor kucing parsi. Warna putih, dark brown n coco. Dalam 3 tu, Coco paling kecik n pendiam. Tak agresif langsung! Lagi pun aku mmg suka colour dia. So tak fikir panjang and terus ambil. Mewah dia masa tu. macam2 aku belikan termasuk sangkar colour purple. Siap ktrg buatkan bantal untuk dia.saung bantal tu lebihan kain baju jahit kak Noly..hehe

Lama kelamaan Coco dah sebati ngan kami. Cuma ngan Mamat dia tak suke betul! Sbb suka buli dia..dia suka kat aku je..sbb aku tak mandikan dia..tak marah2 dia..suka belai dia..sbb aku takot dukung kucing. Lagi2 Coco ni jenis tak suke org sentuh kaki belakang dia. Marah gile dia..teringat masa dia sakit. Ada ulser dlm mulut. Doctor tu terkejut tgok dia sbb terus mengamuk lps pegang kaki dia. Aku yg takut2 masa tu beranikan diri gak usap kepala dia. Baru dia cool. Apapun Coco kene tahan wad 2 hari. Rindu tak ingat masa tu!

Teringat masa zaman bujang. Dia bangun tidur dulu dari aku. Lepas mandi aku kene lepaskan dia. Time tu lah dia akan folow je mana aku pegi. Aku mekap pun dia duduk plg depan kt cermin..main2 tgok muke comot dia tu. cukup masa aku nk gi keje dan2 tu dia baring depan2 aku suh belai dia..sentap sbb aku kene keje. Balik keje mama kata dengar moto je tgok kt tingkap..pastu aku naik tangga dia da kat pintu. Masa tu mama dah tau mst aku balik..bahagia masa tu!

Dekat2 aku nak kawen..aku suka borak ngan dia. Aku ckp "Coco akak nak kawen, nanti Coco duduk je sini ngan mama. Akak tak leh bwk coco.nanti free2 akak datang. Tapi tak selalu" dia pandangg je mcm fhm. Masa tu gak aku meleleh2. Tak leh bayangkan balik keje tak nampak coco.

Lepas kawen, tak keruan aku duk umah mentua tengok2 kucing lalu lalang. Mst pk coco. Asal ada masa singgah umah mama sbb nk tgok Coco. Sampai aku pantun2 kat mak mertua psl kucing. Tapi tak berhasil. Konon aku nk bwk coco la.huhu

Sampai aku pindah Ukay Perdana niat nak bwk coco duduk sama tp masalah nye tu umah sewa je..then pk2 ah nekad nak bwk. Nak letak coco kay balconi. Tp kalau hujan mcm mana? So ngah kumpul duit nak beli cover untuk balconi luar. Maklumlah baru pindah bnyk duit keluar..lepas satu2 kelengkapan rumah aku beli. Now terkilan tak sempat pun beli brg tu tapi Coco dah mati dulu.

Ya Allah satu je ku pohon, kau berkatilah duit yg aku belanja utk makan, pasir dan keperluan Coco tu. aku ikhlas kerana Mu Ya Allah. Aku inginkan ganjaran Mu sbb tu aku bela Coco. Dan aku tau dia kesayangan kekasihMu Nabi Muhammad SAW.