Tuesday, February 05, 2019

Tonsil & PoliKlinik Mediprima

.
.
Bersangka baik dengan Allah. Allah bagi sakit tu tanda Dia sayang kan?
Alhamdulillah sakit ni datang masa public holiday 2 hari. Dapat pula ubat mengantuk, memang tidur je lah kami laki bini. Abam cuma demam, batuk and selesema. Hakak pulak, tonsil je bengkak. Nak demam tapi tak demam-demam.
 
So nak jadikan cerita, sejak pindah kat Sentul ni, blur nak cari klinik dan ubat dia yg sebati. Last time masa duduk dekat Ukay Perdana, biasa pergi Klinik Iman dekan AU3. Sesuai betul pergi situ.
 
Now, lepas dekat 2 tahun kat sini, baru jumpa klinik yang ok. Tu pun kawan rekemen ubat dia bagus and dia pernah bagi cuba. Nama klinik tu Poliklinik Mediprima dekat Prima Gombak.
 
 
Semalam balik kerja, serah diri. Doctor kata Tonsil dah terlalu bengkak. Belah kanan dah stage 3, and belah kiri dah stage 2. Patut lah rasa perit lain macam. So doctor gelak je sebab hakak takut nak buang tonsil. Memandangkan Tonsil ni tak kerap datang, so doctor kata okaylah. Cuma kena jaga makan and minum. Jangan minum ais and elak makan pedas or berminyak dlm masa nak pulih ni.
 
 
 
And macam biasa, hakak dengan ubat memang drama habis. Balik rumah abam tukang try ubat. Lagi-lagi ubat batuk. Sebab kami dapat ubat batuk yang lain-lain. Abam punya rasa buah, hakak punya pahit yang amat. Hahaha soooo hakak ajak abam tukar. Wakakak :p
 
ubat ni ganti ubat hisap. serius bagus.
 
lagi drama, hakak tak dapat ubat hisap tapi dapat ubat spray. OMG. Drama habis nak cuba.
Bila abam try, abam kata rasa mint, rasa Listerine and pahit sikit-sikit. Hakak pun cuba hujung-hujung lidah dulu. Haaa okay boleh jalan.
 
Alhamdulillah berkat kuasa Allah, kurang sikit dah lepas sehari makan ubat-ubat tu. Moga hakak and abam cepat sembuh. Sabtu ni kazen nak bertunang. Hantaran dia pun tergendala hakak buat sbb tak sihat. Moga cepat sihat wahai badan.

 

So sesiapa area Gombak tu, boleh lah ke Poliklinik MediPrima. Dia sebelah Pizza Hut je :)
 
 
and before makan ubat, amalkan baca mcm ni
 
"Ya Allah, dengan kekuasaanmu yang memberi sakit dan memberi kesembuhan, melalui ubat ini, Kau sembuhkan lah aku"

 
 πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
 
 
Bawah ni ada serba sikit info macam mana nak rawat tonsil ni. Moga membantu.
 
 
Cara Mengatasi Radang Tonsil
 
Ada beberapa kaedah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah tonsilitis. Antaranya:
  • Tanpa rawatan – Pilihan untuk jangkitan tonsil yang ringan dan akan sembuh dalam beberapa ketika
  • Minum air dengan banyak – Memang sukar untuk menelan jika mengalami masalah bengkak tonsil yang agak serius. Namun, air yang banyak amat membantu tubuh untuk mengekalkan hidrasi tubuh. Lebih-lebih lagi apabila mengalami demam pada suhu tinggi. Kekurangan air akan menyebabkan tubuh mengalami kehilangan air, sakit kepala, keletihan dan simptom-simptom lain yang lebih buruk. 
  • Penggunaan ubat paracetamol atau ibuprofen – Digunakan untuk meredakan kesakitan, sakit kepala dan demam. Mudah didapati di farmasi atau klinik kesihatan tetapi memerlukan nasihat dan preskripsi doktor sebelum penggunaan.
  • Guna ubat kumur, lozenge atau spray tekak – Juga mudah didapati di farmasi dan berfungsi untuk melegakan ketidakselesaan tekak akibat simptom atau kesan tonsilitis.
  • Antibiotik – Antibiotik hanya sesuai digunakan untuk membunuh bakteria penyebab jangkitan tonsilitis. Ia tidak berkesan terhadap jangkitan melibatkan virus.  Pengunaanya memerlukan nasihat dan pemerhatian doktor kerana boleh menyebabkan kesan sampingan seperti cirit-birit, sakit perut dan sebaganya. Biasanya antibiotik diberi jika tanda-tanda jangkitan semakin kronik, tonsilitis lambat sembuh walaupun setelah beberapa hari atau pesakit mengalami masalah imun sistem yang lemah.
  • Pembedahan tonsil (tonsillectomy) – Ia diambil sebagai jalan akhir jika tonsilitis berlaku pembengkakan serius, menutup saluran pernafasan, bernanah yang banyak atau berlaku dengan kerap berulangan sepanjang tahun.
  • Kaedah rawatan alternatif – Terdapat banyak kaedah rawatan alternatif untuk membantu mencegah tonsilitis daripada menjadi semakin serius terutamanya pada peringkat awal atau mengawal simptom-simptom ringannya. Penggunaan herba atau bahan-bahan semulajadi seperti madu, garam, bawang putih, limau, kunyit, halba dan sebagainya boleh dijadikan sebagai penawar.

2 comments:

  1. Orang kata, tonsil ni sebab kita sakit panas dalam. Huhu. Pernah kena tonsil dulu, memang perit. Nak makan, sangat sakit. Tapi skg ni, sakit ulser je. Ini pun pedih rasanya. Get well sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis setahun sekali mesti kena. mebi masa musim panas haritu kerap minum air sejuk...then tak jaga sgt..tu dtg balik..doc suruh buang..tp tak berani haha. penakot sakit sis ni. hehe. btw thanks dear :)

      Delete

Thank you for comment. Will reply soon :)