Saturday, September 28, 2019

Happy 57th Birthday Mama

.
.

selamat hari lahir yg ke 57 buat mama tersaiyangg.
moga Allah panjangkan usia mama, Diluaskan segala pintu rezeki mama, dipermudahkan segala urusan mama dan moga mama sentiasa sihat sihat selalu.
terima kasih utk segala2nya. takkan dpt habis balas segala pengorbanan mama buat ktrg semua.
Love you always. 💜
.
Allahhummaghfirli dzunubi waliwalidayya, warhamhumma kama robbayani soghiro.
.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.
.

Aaminn.

Thursday, September 26, 2019

Selamat Jalan Kak Gayah ( Hajjah Rugayah Haji Salleh)

.
.

Today, 26 September 2019 Kak Gayah pergi tinggalkan kitorang semua 😓

Baru je kitorang raikan farewell dia June 2019 yg lepas. Semuanya pantas. Lepas bersara, kak Gayah dapat offer menunaikan ibadah Haji. Seminggu sebelum berangkat dia dpt berita gembira ni.

Memang hasrat Kak Gayah nak kesana dan nak pencen nak jalan-jalan katanya.

Lepas balik Haji, kak Gayah sempat bercuti dengan family dia ke Hatyai. Teratur rancangan Allah utk Kak Gayah kan? 

Katanya kak Gayah kena serangan jantung. Gastik teruk selasa tu katanya. Muntah2 and pengsan. Rabu pulak dapat berita Kak Gayah masuk ICU and kritikal. Masa tu rasa nak jatuh jantung ni mcm tak percaya.
Then pukul 11 mlm dpt berita Kak Gayah tenat. Tepat 12 tengah malam, Kak Gayah pergi dijemput Yang Maha Kuasa. Menangis sampai tertidur dpt berita ni malam2. 😭

Susah nak terima berita ni. Lepas pencen dia kerap ajak ke rumah baru anak dia dekat Batu Kikir. Last dia ajak masa kenduri nk ke Mekah, tp tak dpt dtg last minit sebab husband kerja. 😓 masa tu terdetik kat hati. kalau apa2 jd kt gayah kat mekah, terkilan tak dpt jumpe. Tapi kita merancang, Allah tentukan. Keadaan tak mengizinkan.

Kenal Kak Gayah start masuk Petronas 2009. Now hampir 10 tahun kenal dia. Dia jenis manjaaa, periang, suka gelak 24jam, kuat mengusik orang. ada je dia nak usik. Then dia sangat2 pemurah. Sapa je dia tak pernah belanje. Pergi mana2 ada je hadiah dia bagi.

Kak Gayah, moga Kak Gayah bahagia di alam sana. Moga Allah mengampunkan segala dosa kak gayah kalau ada, meluaskan kubur kak gayah, dipermudahkan segala urusan di alam sana. dan moga kak gayah kesyurga and dpt jumpa Arwah suami kak gayah yg kak gayah rinduu sgt tu.  Ktrg tak kan lupa semuaaa cerita kelakar kak gayah, semua nasihat kak gayah and semuanya pasal kak gayah. 

Ktrg syg sgt2 kt kak gayah. Luluh hati tengok muka terakhir kak gayah. Muka yg bersih and sepi. Yelah biasanya nampak je Ezza, kak gayah mesti panggil 
" Arr Arr Arr..hehhe" mst ayat ni keluar. Dia sorg je panggil Arr. Lepas ni dah takde dpt komen dari Whatsapp Story from Kak Gayah 😓


Selamat Jalan Kak Gayah.
Love you always.
.
.
Al-Fatihah buat Hajjah Rugayah Bt Hj Salleh
.
.


Saturday, March 16, 2019

Meninggal selepas bersalin. Syahid buatmu saudaraku.

*mood sedih sbb elok nak update, kat radio keluar lagu "kemarin" by seventeen band.*




15 March 2019, Jam 6 pagi hari jumaat yang mulia, 
dapat Whatsapp Group dari family belah mama, isteri cousin meninggal dunia saat lepas melahirkan baby girl yg cute. Punca kematian, sebab tumpah darah yang banyak. 😢

Arwah staff nurse dekat HKL. From private hospital transfer to HKL. Tapi still tak dapat diselamatkan. Yelah semua tu asbab je kan. dah ajal tertulis macam tu. 

Alhamdulillah arwah selamat dimandikan dan dikafankan di masjid tempat dia nikah dkt Masjid UTM Semarak dan dikebumikan di kampung suami di Bagan Lalang, Hutan Melintang Perak.


Semoga arwah ditempatkan dikalangan hamba Allah yg beramal soleh dan syurga milikmu syg. berehat dan bergembiralah kau disana. 

Buat sepupuku, Hailman. moga diberikan segala kesabaran dan kekuatan buat Hail. Tabah dan kuatkan semangat demi putera dan puteri mu. Amanah Allah untukmu. 

Al-Fatihah Nurul Fadzilah.

Sunday, March 10, 2019

Segmen Bloglist SiHIJO | 2019

💜💜💜💜💜💜
 
https://sihijo.blogspot.com/2019/02/segmen-bloglist-sihijo-2019.html
 
jom join segmen by sihijo ni gais. untung-untung dapat tambah kenalan.
 
just letak banner ni dekat post korang, then link kan ke blog sihijo yang masih menghijau ni :)
 
selamat berkenalan semua :)
 
berminat? klik je banner kat atas ni yo.

btw, Happy Belated Birthday Cek Hijo - from Cek Ungu -
 


 
xoxo,
CekUngu

Kidzooona - Aeon

💜💜💜💜💜💜

As'salam semua.
 
Saja nak throw back last week, bawak si kembar, Qisya and Qira  pergi Kidzooona lagi. Nak bawak ke Kidzania macam tak berbaloi sebab baru 4 tahun. Mungkin ada rezeki nanti baru bawa kakak-kakak dorang ke Kidzania. Tu pun tunggu KSRP buat offer hehe.
 
 
 

 
Nah untuk korang yang belum tahu kewujudan Kidzooona. Murah je, seorang RM 20 termasuk stoking. Tak silap hakak, RM 18 tanpa stokin. Penjaga free je tapi penjaga kena pakai stokin gak okay. First time dulu pergi yang dekat MidValley. Situ baru buka, so barang-barang mainan dia masih fresh and cantik lagi. Hihi. Dekat situ pun besar sikit.
 
Kidzooona ni under Aeon. So kalau nak main yg branch dekat MidValley tu, korang kena masuk dalam AeonBig tau..dia paling hujung ke dalam. Situ best lagi lah sebab besar and pelbagai ada.
 
Last week ke Aeon Au2 sebab dekat sikit. Cuma situ kecik sikit tempat dia, and barang mainan pun tak berapa banyak mcm kat MidValley. Dekat Aeon AU2 tu, tempat dia dekat Tingkat atas and paling hujung kat area DIY. Mujur masa pergi tu tak ramai. So budak-budak enjoy je termasuk DD dorg tu. hahaha.
 

 
 
Nah senarai branch yang ada Kidzooona seluruh Malaysia - CLICK HERE
 



 
and dah puas main, terus hantar dorang balik puchong. tapi before ke parking tu, sempat kene pau main tren berapa pusing and main kereta control. hahaha.
anak oohh anak.
 
 
xoxo,
CekUngu