Thursday, February 28, 2019

Misteri Dilaila Version 1


💜💜💜💜💜💜




Okay gais. seperti yang dijanjikan dekat entry sebelum ni kisah Misteri Dilaila Version 2. Now hakak nak cerita pasal version 1. Tapi jgn risau, hakak tak cerita habis. haha.

Seperti yang kecoh pasal cerita ni, memang dia ada 2 ending yang berbeza. Sangat-sangat berbeza. 

Start dia sama. Jef and Laila ke Bukit Tinggi untuk bercuti dekat baglow milik Arwah ayah Laila. Jeff keluar dengan kawan and tinggal Laila sorang-sorang. Then Laila merajuk and mengamuk sebab Jeff tak berubah. Masa ni dah dapat agak, oh Jef ni suka melepak ke sampai Laila kata tak suke kawan-kawan Jeff. Rupanya jawapan semua di version 1 ye. Hehe.

Tapi betul cakap semua, yang ending version 1 better than version 2. Disebabkan hakak tengok v2 dulu, dan banyak hakak tertanya-tanya, apa fungsi hantu-hantu yang kacau Jeff tu? Apa yang Jeff cari kat beg and rak buku? Sebab apa Farah and the gang jahat sangat. Mana dorg tahu Jeff and Dilaila ni nak balik situ. Hebat nye dorang rancang. Gituww.

Lepas tengok version 1, baru tahu funtion hantu tu semua and baru logik jalan cerita dari awal. Tahniah Pengarah!

Walaupun version 2 sedikit hambar ending dia, tapi para pelakon macam Rosyam Nor tu buat cerita tu best.  Tak percaya nanti korg tengok.

Apa pun ending dua-dua version tetap buat kita tertanya-tanya. Walaupun version 1 best, ending dia sakit hati weh sbb tergantung terukkk. Habis tu mayat sapa dorg jumpa tuuu. Adoi.

Sekian. Hakak vote version 1. and hakak cadang, TENGOK VERSION 2 DULU, BARU VERSION 1.  hehe.

you all? hehe. Selamat menonton.

xoxo,
CekUngu

Monday, February 25, 2019

Misteri Dilaila Version 2.


💜💜💜💜💜💜


Siapa yang dah tengok cerita Misteri Dilaila ni?
Hakak baru tengok yang V2. Tak sabar nak tengok V1. Korang jangan pening pulak. Katanya kali ni, Plot Twist. Korang kena tengok 2 version tau. Hebat Syafiq Yusuf ni. Pandai beli jiwa penonton. Buat kita tak sabar-sabar pulak.



Hakak baru tengon V2 pun hakak dah bagi 10 bintang gais. Banyak benda hakak suka. Camera dia serius tak memeningkan kepala. Takde lah gerak sana gerak sini. Memang hebat. Penggunaan music seram pun tak menyampah sangat walaupun banyak elemen terkejut beruk dalam tu. Haha. Tapi hakak kalau tengok cerita seram, bukan tutup mata tau. Suka tutup telinga. Haha tak suka terkejut sebab sound. So far dalam filem ni, okay sangat. Then transition dia gempak dah tapi terlalu kerap penggunaan dia. Kadang sedikit pening sebab tiba-tiba eh kenapa kat sini. Mungkin kalau guna tak kerap, okay kot.

Paling best, ofcoz jalan cerita. Walaupun boleh agak sikit-sikit, tapi tetap best. Ada gak lah tertanya-tanya, ehh bini dia kene sampuk ke? or Jef ni ambil dadah ke? Ending dia best cumaa nak lagi haha.

Antara barisan pelakon yang membintangi filem ini adalah Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Sasqia Dahuri dan Rosyam Nor. Punca hakak tengok sebab Zul Ariffin laaa. Hehe.

Cerita ni berkisahkan sepasang suami isteri yang bercuti dekat homestay pemberian arwah bapa delaila kepada Jeff, suami delaila. Then kat sana terjadilah macam-macam misteri dari hilangnya Delaila, Jeff kene kacau dengan hantu dalam rumah tu, kemunculan watak-watak jahat yang memeningkan kepala Jeff. Ending yang best tapi macam ada sambungan eh? hahaha. Korang pergi cepat tengok. lepas tengok jangan ingat korang tenang ye. Tak tenang sebab asyek fikir je hahaha. Good luck gais.

senarai V1 and V2.

Okay next tengok kt KLCC pulak. dengar KLCC tayang Version 1. Semalam tengok Version 2 dekat Melawati Mall.

xoxo,
CekUngu.

Saturday, February 23, 2019

Mari terbang dengan Firefly


Halo semua! Sekarang ni ramai orang suka melancong. Tidak kira domestik atau antarabangsa. Tetapi mana satu pengangkutan yang anda fikir mudah untuk travel? Adakah dengan bas? Kapal terbang? Atau kereta? Perjalanan dengan bas bersifat kos rendah tetapi ia akan mengambil masa berjam-jam untuk tiba di destinasi anda. Dengan menaiki kapal terbang, anda boleh tiba dalam masa sejam jika anda melakukan perjalanan di dalam negeri dan sudah tentu harganya agak pricy tapi takde lah kematu sangat menunggu. Travel dengan kereta adalah seperti bas tetapi anda boleh membuat keputusan untuk berhenti dan meneruskan perjalanan, so basically, the time is on your hands. Pada asasnya, anda mempunyai banyak pilihan pengangkutan untuk travel. Oleh itu, katakan anda travel dengan kapal terbang. Anda boleh memilih banyak airline yang available. Di Malaysia, terdapat banyak pilihan syarikat penerbangan seperti Firefly, MAS, Malindo dan banyak lagi.
 
Untuk perjalanan menaiki kapal terbang, anda mesti membeli tiket. Di mana anda boleh membeli tiket? Sudah tentu, di kaunter tiket. Langkah pertama, anda mesti ke lapangan terbang dan ke kaunter tiket. Seterusnya, tanya mereka ada kerusi yang ada pada tarikh tertentu untuk perjalanan anda, di mana destinasi airport anda dan perihal penyimpanan barangan semua itu. Pada dasarnya, mereka akan menjawab semua soalan anda dan memudahkan proses anda membeli tiket. Itulah bagaimana ia sepatutnya berfungsi.

 
 

Terdapat salah satu syarikat penerbangan yang menawarkan tambang terendah dan memberi anda kepuasan tertinggi, ia adalah pesawat Firefly. Ia sangat disyorkan untuk mereka yang ingin melancong secara domestik atau antarabangsa. Dijamin berpuas hati. Selain memberikan perkhidmatan perjalanan, salah satu peningkatan terbaik yang membantu pelanggan untuk fly dengan mudah adalah melalui sistem dalam talian mereka.
 


Apa maksudnya?
Maksudnya, anda tidak perlu ke lapangan terbang lagi untuk membeli tiket, sebaliknya anda boleh mengaksesnya secara dalam talian. Anda boleh mengakses melalui laman web Firefly. Sebaik sahaja anda membuka laman web, anda boleh melihat antara homepage dan di sudut atas kiri ada kotak tempahan. Di dalam kotak tu, anda boleh mengisi maklumat yang diperlukan seperti bila anda ingin berlepas, bila anda ingin kembali, di mana asal anda dan di mana destinasi yang disasarkan. Anda boleh merancang perjalanan anda dengan mudah dengan menggunakan sistem ini! Firefly airline flight booking through online sangat membantu. Betul betul?
Anda boleh memilih destinasi anda tidak kira domestik atau antarabangsa. Ia masih menyediakan anda dengan tambang terbaik dan paling rendah. Jika anda ingin mengambil penerbangan ke Pulau Pinang, taipkan flights to Penang dekat ruang destinasi anda dan Pulau Pinang dengan kod airport (PEN) akan muncul. Itulah destinasi yang tepat untuk anda. Sebaik sahaja anda memilih destinasi anda sebagai Pulau Pinang, penerbangan itu akan terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang terletak berhampiran Bayan Lepas. Ia sangat mudah. Pasti ia tidak akan mengecewakan anda.
Syarikat penerbangan Firefly juga sering menawarkan promosi kepada pelanggan mereka. Jadi, anda boleh merebut peluang keemasan ini untuk mendapatkan tiket penerbangan yang terbaik punya. Mereka mempunyai diskaun sehingga 50%.
Bukan itu saja, ditambah juga dengan hotel untuk anda menetap. Anda hanya perlu membuka penyemak imbas anda dan pergi terus ke laman web syarikat penerbangan Firefly dan semuanya ada di sana. Anda boleh menyimpan 50% baki perbelanjaan anda dan membelanjakannya untuk benda-benda lain, macam shopping! Inilah yang menjadikan Firefly sebagai syarikat penerbangan terbaik di Malaysia. Mereka akan melayani anda dengan layanan terbaik untuk membuat anda berasa selesa sepanjang perjalanan anda dengan mereka.

Apa yang anda tunggu lagi? Pergi menempah tiket kapal terbang anda sekarang. Bagi mereka yang merancang untuk bercuti dengan keluarga atau rakan-rakan, anda boleh merebutnya sekarang. Biarkan Firefly menjadikan percutian anda sebagai satu kenangan terbaik yang pernah anda alami.
 

Thursday, February 14, 2019

Period dan mengidam.

💜💜💜💜💜💜

Lain macam tajuk entry malam ni. Okay hakak saja nak tanya korang yang cik hakak sekalian tu. Pernah ke korang rasa, time datang bulan, nafsu teringin makan macam-macam tu datang membuak-buak. Kalau tak dapat, rasa macam teringat-ingat. 

And sis macam tu tau. Stress. 

Tapi bukan tiap bulan macam tu. Kadang pernah je rasa tak nak makan pun ada. Tapi bila bulan tu symptom angin kencang dia datang, dah macam orang mengandung agaknya.

Dengan teringin makan itu ini. Dengan sakit pinggang macam nak patah. Dengan itu dia rasa bengkak, Dengan rasa nak marah. Rasa penat. 

Haih.

Mujur bukan tiap bulan rasa macam ni.

Masuk harini, hakak dah order macam-macam kat abam. Paling dasyat dia punya nak, kelmarin hakak sanggup turun kereta pergi beli sendiri kfc tau. Beli signature box. Burger and ayam seketul. Balik rumah, ayam je makan. hahaha nafsu sangat. Burger buat breakfast potong dua share dengan abam. Haha.



And tadi, nak chicken chop u ols! Abam pergi beli kat Nailis sentul tu haa. Hahahaha. Balik kerja tadi, mood swing, Rasa nak marah, nak nangis then suruh abam hantar hakak balik dulu. Baru abam pergi rumah mak dia. Sebab mak masak gulai fave abam. Hakak balik tidur. 

Soalan dia sekarang. Ada ke spesis macam hakak ni?

Normal ke idok?

🤔🤔🤔

Monday, February 11, 2019

Ayam Masak Hijau (Cili Padi)

💜💜💜💜💜💜
Kenduri tunang mira haritu, mak ngah masak banyak lauk sangat2. salah satu tu ayam masak hijau. masa tu hakak kembung air. Sebab haus gilos masa tu. So lupa nak 2nd round makan. Malam tu nak makan la konon, sekali habis. Haha dia punya terliur, esok tu terus hakak masak sendiri weh. Mintak resepi mak ngah siap-siap. Cuma hakak ubah sikit-sikit lah hehe. Okay sila check resepi bawah ni.
Bahan-Bahaan :
Ayam setengah ekor.
Bawang besar 2 biji - Blend
Bawang putih 3 ulas - Blend
Bawang Holland Sebiji
Cili Padi ikut tahap pedas yang nak - Blend
Garam
Gula
Serbuk ikan bilis





Cara masak :

- Gaul ayam dengan serbuk kunyit and goreng garing.
- Panaskan minyak masak and masuk kan bawang Holland yang dah potong. Agak layu sikit, masukkan bawang merah and putih yang dah diblend. Tumis sampai naik bau, masukkan cili padi kisar. Biar lama sikit bagi cili betul-betul masak.
- Masukkan Air, garam, gula and serbuk ikan bilis. Kacau-kacau and biarkan didih sampai warna dah jadi pekat sikit.
- Last masukkan ayam goreng garing tadi. Tutup periuk kejap bagi dia pekat and kering sikit.
- Boleh matikan api dahh lepas kuah jadi pekat, warna jadi pekat and kering sikit kuah dia.



xoxo,
CekUngu