Wednesday, October 06, 2021

Squid Game

.

Wow lama tak membebel dekat sini, So entry pertama untuk tahun 2021, kita borak pasal Squid Game okay? 

Squid Game


Cerita yang penuh thriller dan plot yang tak disangka-sangka siapa dalang sebalik game ni. Movie ni ada daya tarikan dia sendiri, walaupun mengimbau permainan zaman kanak-kanak tapi tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak sebab ada adegan seks, keganasan melampau macam tembak, bergaduh, membunuh so elakan dari anak-anak bawah umur tengok ya?


Well, i enjoyed this movie. Jalan cerita, music background (paling suka) dan ada beberapa pengajaran hidup dalam movie ni. Bukan sekadar game sahaja. 

Mengisahkan 400 lebih orang yang terpilih atas sebab masalah kewangan yang membebankan. walaubagaimanapun, mereka sendiri yang memilih untuk bertanding dalam game ni. 

Well, sebab duit, mestilah orang gelap mata kan walapun tak tahu apa kesan dia kalau kalah pada awalnya. Hanya 6 game sahaja boleh buat mental kau koyak dalam tu. 


Kalau korang lah, tak kenal satu sama lain dalam tu, macam mana nak percaya setiap sorang dari semua tu? sedangkan dah cakap, hanya 1 pemenang sahaja yang akan dpt semua duit tu. (itu pun kalau semua tak sepakat berhentikan game ni) duit depan mata oi! 

Apa yang I nampak, bukan kau kuat tubuh badan, yang menjamin kau akan menang. Tapi hati budi, kejujuran, nilai kasih sayang tu je boleh buat kau menang. 
 
Well, since movie ni masih ada dalam Netlix so i taknak jadi spoiler lah. Korang tengok sendiri.

Pengajaran dia, jangalah berhutang melampau-lampau. Rancanglah kewangan anda kalau taknk dapat invitation card dari Squid Game hahaha!

.
.

Saturday, April 11, 2020

COVID-19 & Malaysia 2020

.
.
credit photo from - IG : mkn_rasmi (Majlis Keselamtan Negara)

Sekian beberapa purnama menyepi. Mulakan post 2020 dengan kisah sedih untuk satu dunia - COVID19.

Sekarang dah masuk Fasa Ke Tiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk Malaysia tercinta. Bukan mudah kerajaan and semua pihak terlibat untuk buat keputusan ni. Kita as rakyat kalau tak mampu untuk sumbangkan kudrat and keringat, kita sumbangkan lah batuan melalui hati. Lembutkan hati, kuatkan hati untuk dengar arahan kerajaan untuk duduk je dekat rumah. Sabar and hargai masa ni dengan orang terdekat kita. I percaya, tak mudah tapi cuma kita positifkan diri. Kita syukur kita lahir jadi rakyat Malaysia.

Kerajaan and tak kira apa pun warna bendera politik kita, semua bersatu hati. takde pun rakyat tercicir, baik pekerja, majikan, student, penganggur..semualah. tambah pulak ramaiiiii umat manusia dekat Malaysia ni dermawan. Merata sedekah dorg bagi dengan tolak tepi samada org tu betul or ambil kesempatan. Masa ni kita gunakan media social dengan sebaiknya utk bantu saudara mara yang susah dekat luar. just viral kan then ada lah hamba Allah yg perihatin akan bantu.

So apa lagi kita nak buat? Duduk je rumah. Bagi kerjasama.
Percayalah hanya kita je boleh putuskan rantaian covid19 ni.

"..Kita ibarat sebuah keluarga besar. Kita saling bantu membantu ketika zaman susah. Kita jaga keluarga kita. Kita jaga jiran kita. Kita jaga masyarakat kita. Baik kita di kampung, di kawasan perumahan, di kondominium, di rumah flat. Kita jaga kita. Inilah nilai sebenar persaudaraan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.." -YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin | Perdana Menteri Malaysia.

Untuk yang terpaksa keluar untuk urusan-urusan penting, selain dari jangan lupa bawa dokumen rasmi (kad pengenalan, bil elektrik kalau alamat lain dari IC, surat dari majikan dll) Sila ingat pesanan bawah ni okay? : -

-Kerap cuci tangan. Gunakan air dan sabun atau Hand Sanitizer.

-Tutup mulut dan hidung guna siku atau tisu semasa batuk or bersin. Buang tisu tu terus ke dalam tong sampah. Lepas tu cepat-cepat cuci tangan selepas batuk or bersin.

-Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut. Cuci tangan sebelum sentuh anggota muka tu ok?

-Sentiasa jarakkan diri korang dengan orang lain sekurang-kurangnya 1 meter.


Akhir sekali, semoga Allah swt melindungi kita semua dari wabak bahaya ni dan segera terhapus wabak ni dari muka bumi. Sesungguhnya Allah swt yang berikan kesembuhan dan kesejahteraan buat umat-umat yang dikasihiNya.
.
#StayAtHome
#KitaJagaKita
#KitaMestiMenang
#PutuskanRantaianCovid19
#PerintahKawalanPergerakan
#MovementControlOrder
#ProudMalaysian
#AllahUjiAllahSayang
.
.

Sunday, October 13, 2019

Tips ke Kidzania, Kuala Lumpur.




15SEPT2019 : throwback last month. reward untuk Hidayah and Fatehah sebab rajin and pandai belajar.

Pergi awal pagi sampai petang and sis salah timing. patut pergi selain dari hari ahad sebab ahad tutup awal around 5pm. so tak sempat nak main semua. pluss ada pulak rombongan budak sekolah. maka lagi lama lah, sebab ada sesetengah 'job' kene ambil nombor giliran utk buat kerja tu.

overall okay and enjoy. memang sesuai utk budak-budak sekolah rendah. Dapat dedahkan dorang awal2 benda ni, so dorg tahu yg bukan senang untuk jadi orang dewasa, kene kerja baru dapat upah. Elok pula mainan dekat sini, lepas buat kerja, dorg pun dpt upah gak tapi ada gak sesetengah tu, kita kene bayar untuk join aktiviti tu. Just guna duit kidzania lah and duit tu boleh kumpul and reedem tukar dgn brg2 dekat kedai khas dia. Duit ni setiap kanak-kanak akan dapat 50 kidzos.

and paling berharga, dorg dapat pengalaman and ilmu utk semua benda tu. moga benda ni, buat dorg semangat lagi nak belajar and dapat capai apa yang dorang nak jadi bila besar nanati.


Perkara penting yg kena parents ambil tahu before masuk Kidzania :

- Beli tiket secara talian. Cepat and kadang2 ada promo untuk belian secara online. Sampai sana still kena beratur utk tebus duit 50 kidzos utk anak-anak. Semua penjaga pun please beratur sekali sebab kena pakai jam khas utk masuk situ.

- Untuk permainan yg menjadi tumpuan orang seperti Bomba, polis, Mcd dan beberapa lagi, bukan boleh main terus. Tapi kena Q utk dapatkan nombor giliran. Dekat pintu masuk nanti ada kaunter khas. boleh snap jadual masa tu siap2. 

- Parents pelase ingat ya. Ini untuk anak2 anda berdikari, so tak perlu ikut anak beratur sekali sebab parents tak boleh Q utk anak2. Last time sis pergi, anak2 beratur kt tengah2, kiri kanan mak bapak keliling. ada yg kipaskan, bagi air bla bla. Pls bagi ruang kt mereka. dah mak bapak keliling, mana tak panas anak2 tu. lol!

- Hanya air masak je yg boleh bawa masuk. makanan tak dibenarkan. So siap kan duit lebih sebab makanan dalam tu mahal nau nau. Nak keluar makan pun tak boleh, nnt anak2 lapar kan? so standby je duit lebih. kesian anak2 nnt.

- Mainan dalam tu byk, so parent kene pandai bahagi masa biar anak2 dpt main semua mainan tu. bayar mahal2, rugi tak dpt main byk2. 

- Ada sesetengah job tu anak2 akan dpt upah, dan ada sesetengah tu mereka kene byr. tapi pakai duiy Kidzos je. So baca arahan kat sebelah tempat main tu.

- Dekat tingkat atas, ada ruang rehat utk parents. Anak2 tak dibenarkan masuk. Dalam tu ada Coffee house utk parents santai2. rehat2. 

okay tu je kot tips yg nak dikongsi. moga bermanfaat utk korang semua.

.
.
.

Saturday, September 28, 2019

Happy 57th Birthday Mama

.
.

selamat hari lahir yg ke 57 buat mama tersaiyangg.
moga Allah panjangkan usia mama, Diluaskan segala pintu rezeki mama, dipermudahkan segala urusan mama dan moga mama sentiasa sihat sihat selalu.
terima kasih utk segala2nya. takkan dpt habis balas segala pengorbanan mama buat ktrg semua.
Love you always. 💜
.
Allahhummaghfirli dzunubi waliwalidayya, warhamhumma kama robbayani soghiro.
.
Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.
.

Aaminn.

Thursday, September 26, 2019

Selamat Jalan Kak Gayah ( Hajjah Rugayah Haji Salleh)

.
.

Today, 26 September 2019 Kak Gayah pergi tinggalkan kitorang semua 😓

Baru je kitorang raikan farewell dia June 2019 yg lepas. Semuanya pantas. Lepas bersara, kak Gayah dapat offer menunaikan ibadah Haji. Seminggu sebelum berangkat dia dpt berita gembira ni.

Memang hasrat Kak Gayah nak kesana dan nak pencen nak jalan-jalan katanya.

Lepas balik Haji, kak Gayah sempat bercuti dengan family dia ke Hatyai. Teratur rancangan Allah utk Kak Gayah kan? 

Katanya kak Gayah kena serangan jantung. Gastik teruk selasa tu katanya. Muntah2 and pengsan. Rabu pulak dapat berita Kak Gayah masuk ICU and kritikal. Masa tu rasa nak jatuh jantung ni mcm tak percaya.
Then pukul 11 mlm dpt berita Kak Gayah tenat. Tepat 12 tengah malam, Kak Gayah pergi dijemput Yang Maha Kuasa. Menangis sampai tertidur dpt berita ni malam2. 😭

Susah nak terima berita ni. Lepas pencen dia kerap ajak ke rumah baru anak dia dekat Batu Kikir. Last dia ajak masa kenduri nk ke Mekah, tp tak dpt dtg last minit sebab husband kerja. 😓 masa tu terdetik kat hati. kalau apa2 jd kt gayah kat mekah, terkilan tak dpt jumpe. Tapi kita merancang, Allah tentukan. Keadaan tak mengizinkan.

Kenal Kak Gayah start masuk Petronas 2009. Now hampir 10 tahun kenal dia. Dia jenis manjaaa, periang, suka gelak 24jam, kuat mengusik orang. ada je dia nak usik. Then dia sangat2 pemurah. Sapa je dia tak pernah belanje. Pergi mana2 ada je hadiah dia bagi.

Kak Gayah, moga Kak Gayah bahagia di alam sana. Moga Allah mengampunkan segala dosa kak gayah kalau ada, meluaskan kubur kak gayah, dipermudahkan segala urusan di alam sana. dan moga kak gayah kesyurga and dpt jumpa Arwah suami kak gayah yg kak gayah rinduu sgt tu.  Ktrg tak kan lupa semuaaa cerita kelakar kak gayah, semua nasihat kak gayah and semuanya pasal kak gayah. 

Ktrg syg sgt2 kt kak gayah. Luluh hati tengok muka terakhir kak gayah. Muka yg bersih and sepi. Yelah biasanya nampak je Ezza, kak gayah mesti panggil 
" Arr Arr Arr..hehhe" mst ayat ni keluar. Dia sorg je panggil Arr. Lepas ni dah takde dpt komen dari Whatsapp Story from Kak Gayah 😓


Selamat Jalan Kak Gayah.
Love you always.
.
.
Al-Fatihah buat Hajjah Rugayah Bt Hj Salleh
.
.