Thursday, June 20, 2019

Tujuh tahun Enam bulan and still berharap.

.

Sebelum tu, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin utk korang semuaaaa. 

Today baru ada masa nak share cerita soalan cepumas. I tak tahu lah sepanjang hampir 8 tahun ni, pelbagai emosi hehe. 

Ada adik ni tanya. dia dah kahwin 2 tahun and belum ada zuriat. So dia tanya i, mcm mana akak boleh beraya happy2 balik kampung, jumpa org. takde ke org tanya pasal anak. and mcm mana nak hadap dalam senyum tapi sebenarnya hati tu ada selit perasaan malu sgt2.

haha i dah kawen dekat 8 tahun and masih belum ada rezeki indah tu.

tipulah takde rasa malu, marah. sebenarnya lebih kepada malu. org tak rasa, dia x tahu. hehe.
tapi i mmg lebih kepada perasaan malu dari marah. sampaikan nak ckp "belum ada rezeki, doakan saya ye" punnn tak terkeluar. sebab sebak nk cakap. cuma ckp dalam hati. moga Allah ampun kan si penanya kalau i kecil hati dgn soalan tu. nampak je i dtg tak pegang baby ke anak ke kan? why still tanya.

berbalik soalan adik tadi. i just jwb, if dia tnye elok2, if dia tnye dlm keadaan mood saya x kelaut, if dia tnye BUKAN DEPAN ORG RAMAI, then jawab je.."Allah belum izinkan. Doakan yg baik2 je ok"

tapi if soalan dia laser seperti i pernah dpt "EH KAU NI BILA NAK ADA ANAK, DUK RANCANG2 KE APA"  ckp kuat2 depan org ramai dkt meja makan kenduri kawen ok. masa tu u all rasa i boleh ke senyum sambil jwb elok2? malu masa tu tak tahu la nk ckp mcm mana. masa tu cuma mampu hentak pinggan makan je sambil buat pekak. padahal nak nanges rasa.

ada lagi satu kes i terasa sgt2. dia salam mak i sambil ckp "eh kau dh ada cucu ke, aku dh nak masuk berapa dah, ni anak aku baru bersalin"  masa tu i kt belakang mama. so i senyum tawar je, dgr kat adik makcik tu, terus dia peluk and tarik i and jawabkan "biarr ahh Allah nak bg dia honeymoon lamaaa. sebokk je kan?" hehe tanx makcik rock ku. tiap kali jumpa makcik rock ni mst peluk bahu and tak pernah tanya apa2. cuma tanya "amacam, sehat?" bagus kan dia?

sebab dua soalan ni la i rasa i perlu jaga hati and perasaan i. org mmg mudah kata "jawab je elok2"
tapi korg tahu tak, kdg2 soalan yg korg rasa biasa tu, terngiang2 bila i sorg2..jemur kain, lipat kain..nk tidur. dia tak selalu, tp kadang2 je. tapi sakit tu..terasa juga. and jgn risau, org yg lalui ni dia bkn la jahil. lps tu terus tenangkan hati sendiri and elok balik. gitu.

utk korg yg tak lalui. i just share apa i rasa.

i mmg dah sangat positive. i terima apa Allah bagi kat i. i Syukur dgn rezeki lain yg dia beri. rezeki i masih ada mama babah adik beradik makcik pakcik semua family and kwn2 yg baik n syg i. tu rezeki paling besar i ada takat ni.  rezeki kesihatan yg baik, rezeki dpt berjasa dgn mama babah lagi, masih dpt doa dari mereka berdua. dah syukur Alhamdulillah.
Rezeki dpt suami yg layan and syg i mcm masa mula2 dia nak i jadi girlfren dia. Terima i dari i kurus mcm dia, sampai besar melampau2 ni. Alhamdulillah sgt. 

So apa lagi i nak merungut. Takde anak pun balik kerja suami faham. sama2 kerja. sama2 penat. takyah masak kalau tak larat. tak payah buat apa2. tengok tv and rest. bila perlu je buat. bkn kene buat hari2. so apa lagi i nk merungut.

jika ada rezeki anak utk i. itu bonus paling bermakna utk ktrg. jika tidak diizinkan Allah, ktrg redha sgt.

so jgn la korg uji org yg sedang sabar dan redha dgn ujian dari Allah ya.

kena ingat, lain org lain hati dia.

kene ingat, ktrg ni bukan lah bodoh nak biadap dgn org yg tanya. kalau kau lalui. kau mesti dpt beza soalan tu pedas ke tak.

kene ingat sampai bila2 yang ktrg ni ada hati dan perasaan. 

moga Allah kurniakan kami anak yg soleh, solehah, sihat, comel, dan yg menjadi sbb tambahnya amal ibadah, iman and takwa kami suami isteri utk ke jannah Allah. Aaminn.

Love,
CekUngu.
.