Thursday, February 14, 2019

Period dan mengidam.

💜💜💜💜💜💜

Lain macam tajuk entry malam ni. Okay hakak saja nak tanya korang yang cik hakak sekalian tu. Pernah ke korang rasa, time datang bulan, nafsu teringin makan macam-macam tu datang membuak-buak. Kalau tak dapat, rasa macam teringat-ingat. 

And sis macam tu tau. Stress. 

Tapi bukan tiap bulan macam tu. Kadang pernah je rasa tak nak makan pun ada. Tapi bila bulan tu symptom angin kencang dia datang, dah macam orang mengandung agaknya.

Dengan teringin makan itu ini. Dengan sakit pinggang macam nak patah. Dengan itu dia rasa bengkak, Dengan rasa nak marah. Rasa penat. 

Haih.

Mujur bukan tiap bulan rasa macam ni.

Masuk harini, hakak dah order macam-macam kat abam. Paling dasyat dia punya nak, kelmarin hakak sanggup turun kereta pergi beli sendiri kfc tau. Beli signature box. Burger and ayam seketul. Balik rumah, ayam je makan. hahaha nafsu sangat. Burger buat breakfast potong dua share dengan abam. Haha.



And tadi, nak chicken chop u ols! Abam pergi beli kat Nailis sentul tu haa. Hahahaha. Balik kerja tadi, mood swing, Rasa nak marah, nak nangis then suruh abam hantar hakak balik dulu. Baru abam pergi rumah mak dia. Sebab mak masak gulai fave abam. Hakak balik tidur. 

Soalan dia sekarang. Ada ke spesis macam hakak ni?

Normal ke idok?

🤔🤔🤔

Monday, February 11, 2019

Ayam Masak Hijau (Cili Padi)

💜💜💜💜💜💜
Kenduri tunang mira haritu, mak ngah masak banyak lauk sangat2. salah satu tu ayam masak hijau. masa tu hakak kembung air. Sebab haus gilos masa tu. So lupa nak 2nd round makan. Malam tu nak makan la konon, sekali habis. Haha dia punya terliur, esok tu terus hakak masak sendiri weh. Mintak resepi mak ngah siap-siap. Cuma hakak ubah sikit-sikit lah hehe. Okay sila check resepi bawah ni.
Bahan-Bahaan :
Ayam setengah ekor.
Bawang besar 2 biji - Blend
Bawang putih 3 ulas - Blend
Bawang Holland Sebiji
Cili Padi ikut tahap pedas yang nak - Blend
Garam
Gula
Serbuk ikan bilis





Cara masak :

- Gaul ayam dengan serbuk kunyit and goreng garing.
- Panaskan minyak masak and masuk kan bawang Holland yang dah potong. Agak layu sikit, masukkan bawang merah and putih yang dah diblend. Tumis sampai naik bau, masukkan cili padi kisar. Biar lama sikit bagi cili betul-betul masak.
- Masukkan Air, garam, gula and serbuk ikan bilis. Kacau-kacau and biarkan didih sampai warna dah jadi pekat sikit.
- Last masukkan ayam goreng garing tadi. Tutup periuk kejap bagi dia pekat and kering sikit.
- Boleh matikan api dahh lepas kuah jadi pekat, warna jadi pekat and kering sikit kuah dia.



xoxo,
CekUngu

Sunday, February 10, 2019

Hantaran & Majlis Bertunang, Amira & Amir, Feb 2019.

💜💜💜💜💜💜
 
Semalam berlangsung majlis pertunangan kazen, Mira and tunangnya Amir. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Cuaca baik and panas sikit sepanjang majlis. Elok je tetamu balik, hujan pun turun. Alhamdulillah :)
 
 
 
Kalau korang nak tahu, hantaran ni hakak and abam yang buat. Dah lama kitaorang tunggu Mira punya majlis sebab dia orang paling penting masa majlis bertunang kami tahun 2010 dulu and majlis kawen 2011. Dia tolong A-Z okay. Masa tu hakak buat gak hantaran sendiri, ktrg pakai bedal je. maklumlah masa tu hakak cucu sulung buat majlis lepas 14 tahun family ktrg takde majlis kawen.
 
Thanks Mira and Mak Ngah, harap apa ktrg buat ni dapat bantu sikit ringankan kerja sepanjang majlis ni. Plan kawen Mira on November. Sis cant wait!
 
Okeh check it out gambar sekitar majlis :)
 
 
 
 
cheese tart tempeh dekak kawan sis :)
 
Cake tempeh dkt Ixalicious


sireh junjung tempeh dekat kawan mummy
 
 


 

Kuih Bakar from Maklong Kampung




 
 
next, kazen lagi sorang, Arwin punya Big day on April. See u gais April nanti. ❤
 
 
xoxo,
CekUngu.