Friday, January 18, 2019

Mask Muka

Friday, January 18, 2019
.
.
Alkisah, tadi kebetulan cari barang hantaran kazen kat Sunway Putra Mall, so i singgah la ke Guardian jap. Kisahnya nak cari bedak. Well perempuan kan? Niat lain, carinya lain.
.
Masuk tu terus nampak Mask. then terdetik pantas gile, last time cari yg pink tu takde, so kat sini mesti ada! Maka cari cari cari dan takde gak stok tuu. As usual, habiskan masa belek2 kaler lain and beli lps beberapa minit sampai kedai nak tutup. 
.
Dann bedak yg asalnye nk beli tu, x sempat punnn sbb kelam kabut org tu dh tutup separuh kedai dia. hahaha.
.
Balik tu before tidur, semangat la pakai. sekaliiiiii..panggggg. mask tu ada corak lace. lawa mmg la lawa. tp tebal and susah nk pakaiii. asyek nk jatuh je kalau bediri. so kene la baring selama 20min tu.
.

.
setakat ni, i pakai brand ni. okaylah..takde masalah apa2. Alhamdulillah. nah korg cuba lahh. 

boleh dapatkan kat Watson or Guardian.

sekian celoteh malam nie. Good Night gais 🌸
.
.
xoxo,
CekUngu

Thursday, January 17, 2019

LitLive - Jawab dan menang

Thursday, January 17, 2019
.
.
Memandangkan hakak tak boleh tidur. So jom baca bebelan hakak.
.
Korang pernah dengar game online. jawab soalan dan menang RM?
.
Bermain sambil belajar. bukan biasher2 gais.
.
Best wooo. Bukan pasal duit yg utama tu. tapi menguji tahap kepandaian korang tu okayy. Game ni ada 10 soalan je. Siap ada talian hayat tau. Dia panggil Extra Life (XL) . Kalau korg salah jawab, and ada XL, takde hal bro. boleh teruskan. (tapi kurang guna XL lagi hebat ahhh) hehe.
.
cara dia senang je. free je daftar.
.
nah follow steps kat bawah ni.

1st : pergi Google Play or Play store, search LITLIVE then Install je.


2nd : lepas daftar no phone, nama bagai. dia akan keluar mcm ni. Nama sekali daftar je, tak boleh edit ya. Tu psl nama cekungu jadi cekungy. gelejoh nau masa tu. hehe. then utk dptkan XL, click gambar korg atau 3 titik tu.

3rd : Haa nampak tak column REFFERAL CODE tu. masukn nama kawan korg. hanya sekali je boleh guna username kawan. korg boleh letak nama hakak -> cekungy nnt dpt la XL gituw. then siapp utk main.

Senang kan koranggg. Nak dpt XL lebih, rajin2 la follow IG, FB and Twitter LitLive.
.
Selamat mencuba. Tak faham boleh tanya, nnt hakak jawab okay.
.
Game tiap malam jam 9:30PM. Isnin to Jumaat. Tapi Jumaat je tak boleh gUna XL sbb jumaat tuuu tema dia "Menang Tak Kongsi". Hanya seorg je yg tinggal tu, dikira pemenang. Wehuuu. Good Luck u ols.
.
Bermain sambil belajar gitu.
.
Nah Iklan dia.

LitLive adalah Kuiz Live yg pertama di Malaysia!

Muat turun utk iPhone dan Android sini:
iOS: https://itunes.apple.com/my/app/litlive/id1352866875?mt=8
Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.litliveasia

Jemput kawan2 dan keluarga main bersama utk menangi wang tunai setiap malam.

.
.

xoxo,
CekUngu

Wednesday, January 16, 2019

2 0 1 8

Wednesday, January 16, 2019

Assalamualaikum semua.

Wah, rasa berhabuk teruk blog hakak ni.
Nampak tak betapa busynya hidup ni.
Alhamdulillah masih berasa bernafas sampai ke hari ni, ditahun baru nie.

1st of all, nak minta maaf sangat sangat sangat.

Sepanjang tak menulis blog ni, mcm2 terjadi kat hidup ni. pasang surut ujian yg dtg. Tapi alhamdulillah, sepanjang tahun 2018, Allah permudahkan segalanya buat kami. Berkat sabar tempuh tahun duka sebelum2 ni.

Now Alhamdulillah abam pun dah stabil kat office sekarang. dah 2 tahun Alhamdulillah. masih company yg sama mcm 1st kerja dulu, beza dia bos. Bos bangsa cina beli company bos lama tu. Then kuasa Allah, masa ktrg diuji dugaan plg besar tu, masa tu husband kene tipu je dgn bermacam company yg masalah. Dtg pula rezeki dari Allah memalui 1st bos dia dulu. ckp ada org beli company dia and nk abam kerja dgn dia skali.  offer alhamdulillah tinggi dari before ni.  Berkat Sabar.

Diringkaskan.

Company 1st abam keje dulu tutup selepas lebih 5 tahun abam kerja. Tutup sbb isu GST masa tu. Byk supplier tutup kilang. so project pun kurang. tp bos tu baik, carikan kerja utk abam. tp diluar bidang kuasa dia, company yg dpt tu tiga2 problem.

1 ni memula ok, tp bos mcm tamak project sket, bukan bidang abam pun abam kene buat. then suka maki hamun, abam ni sejenis tak mencarut punya org. so dia tak boleh tahan.

2 ni lak, beriya offer kerja..dah kerja setahun, tibe2 dtg kerja dia bg surat suruh berhenti 24jam. masa tu Allah je tahu mcm mana rasa dia. mls igt n cukup hakak yg gado ng majikan dia sbb buat org mcm sampah. hasil dia Alhamdulillah dia byr balik duit and epf dia x tolak semua tu dia byr. sbb takot ktrg gi report.

3 ni lak, dia partner dgn yg kedua ni dulu. dipendekkn, tahu la peel kedua tu buruk dari ketiga ni. tp ketiga ni lak ada la partner dgn org besar ni. tp dorg ada internal problem bersama. maka staff jd mangsa dgn gaji nak dpt pun susah.
psl ketiga ni rumah tangga bergolak gak teruk. tp berkat doa org terania and usaha, Alhamdulillah dpt offer yg skrg ni.

so gais. just igt. ada sebab Allah uji kita. ada hikmahnya. Alhamdulillah ktrg redha and sabar. berlipat ganda Allah bagi. syukur.

Sooooo, utk yg hakak hutang hadiah tu..tadaaaa.

now dah boleh proceed. tunggu ya gais. Abam pun dah ada assistant and tak busy sgt. boleh lah terima tempahan hakak tu.


xoxo,
cekungu

Wednesday, November 22, 2017

P i n d a h

Wednesday, November 22, 2017

As'salam.

Akhirnya setel kes pindah rumah. Now back to Sentul. Good Bye Ukay Perdana. 5 tahun duduk sana. Banyak kenangan tapi hidup kena teruskan..so time to move on. Moga tempat baru ni, baik2 je utk kami.

And usia perkahwinan hampir cecah 6 tahun. Alhamdulillah. Org tua kata, lepas fasa 5 tahun, hidup kembali stabil. Alhamdulillah syukur sgt.

5 tahun sebelum ni byk dugaan yg hebat. Paling dugaan, husband tukar kerja dah 3x.
Sesungguhnya Allah akan bersama org yg sabar and teraniya.  Now husband dpt better offer.
Now dah setengah tahun kat situ and yes, syukur Alhamulillah rezeki Allah sapa yg leh kata tidak.

to my darling blogger yg i hutang hadiah berapa tahun lepas, InShaAllah lepas fasa busy husband ni setel, dia akan uruskan hadiah korang ok. 

sorry sgt and thanks sbb sabar. Doakan rezeki kami melimpah ruah ya..


xoxo,
CekUngu.

Thursday, April 21, 2016

Kereta kena pecah

Thursday, April 21, 2016
*gambar sekadar hiasan*




.
.
As'salam semua.

Just nak share.
Malam tadi balik rumah mama then singgah pasar malam Ukay Perdana.
Sangat2 tak sangka keluar tak sampai 10minit, kereta kene pecah.
FYI. Memang salah i sebab tinggal kan bag dlm kereta. Walaupun bawah sit and cover dengan benda lain.
TAPI, i tak pernah tinggal kan HP i walau ke jamban opis! And semua org yg kenal i faham, i jenis tak suka org pegang HP i and tinggal merata.
Tak tahu kenapa, semalam tak perasan HP tu dlm bag. Ingatkan dlm purse.
Menjadi kebiasaan tak pernah main phone sambil jalan. So tak terfikir phone tu takde dalam purse.
Takpelah bukan rekzi i.
Dlm tu yg hilang, pas kerja, Watson VIP card, iPhone 5s Gold, powerbank transformers Pineng, Cable2, Perfume, CMD bottle...waaaaaaa semua tu kesayangan!

Takpe anggap bukan rezki i. Mungkin ada rezki lain.

Tapi paling celaka is, anak haram perompak tu bukan 1 kete je dia bedal, malam tu yg buat report sekali 4 kereta. Tempat sama. Masa lebih kurang sama.
FYI tempat tu tak gelap mana. Ramai je org lalu lalang and kenderaan ada.

3 org magsa tu same Apartment dgn i. (Kereta i- Persona, Kereta Getz, Kereta Exora)
1 org lak Apartment sebelah. (Kereta Myvi)

Paling kesian akak Getz tu, hilang RM 4000, HP and Laptop.
Myvi tu baru kerja then hilang Latop opis dia.
Exora lak hilang handbag mahal. Ipad and lain2 anak haram tu tak amek.

i rasa dia mmg target bag.

So utk sesapa terjumpa Bag kaler merah gelap brand Sembonia, pls contact i. kot anak2 haram tu buang tepi jalan. Kot dia tak amek barang2 lain dlm tu...

To anak haram, cari aku kat akhirat nnt k? harap cepat ko kene tangkap. Nak sepak sekali muka tu.
Tak pasal ktrg tak tido malam fikir pasal benda ni. dengan nak ganti cermin lagi. haih!

Moral dia, jangan sesekali tinggal apa2 dlm kereta walaupun sekejap. Walaupun ni pertama kali nak tinggal. Anak2 haram skng ni dah ada alat canggih nk detect gadget kita.

Untuk yang nak cakap i bodoh sbb tinggal barang tu. cakap lah. moga bodoh tu datang balik kat you.
Ni bahagian i mungkin... :(

.
.