Monday, February 29, 2016

#GeletisPicnic2016 - Taman Tasik Titiwangsa

Monday, February 29, 2016
l o v e


As'salam and morning ols!
Fuhh otw ke kerja now, tapi jem dia boleh post macam-macam. Hehehe

Okay nak cerita kesah semalam dengan akak-akak geletis.

Akak-akak ni, akak office. Team lepak dekat pantry dulu. Ni pun ada 2 family tak dapat join. Ada hal.

Okay tema dia Putih and tudung colourful.

Celebrate sekali birthday girl bulan Jan-March.

Okay next party before puasa pulok for Apr-June babies.

Jom cek belanja gambar.

cake from Ixalicious. Click here

Family portrait 





Saturday, February 27, 2016

welcome Jiran sebelah guard si Azza Atul

Saturday, February 27, 2016
Before kerja, lets selfie

start jumaat till ahad proses tolong azza pindah, cat, basuh dan sebagainya.

bertambah happening bila si meran ni datang memekak. hahahahaha okay nanti story lagi. nak sambung mengemas.

Si meran sewel

Friday, February 26, 2016

yay Jumaat dah habis!

Friday, February 26, 2016
View from LRT Putra Pasar Seni


oh yes. February bulan paling best, kerja tak banyak. wehuuu.

so bulan ni, bulan paling sharp Cek balik.
Sebab nak lagi cepat, sanggup naik tren dari tunggu asben amek kat office. 

hello weekend! 

lets go!

Thursday, February 25, 2016

Deco Ruang Tamu Part 1

Thursday, February 25, 2016

Before

After

okay disebabkan tema dinding nak cat balik kaler cream, so main tema hitam putih and kelabu je utk hias ruang tamu tahun nie.

sebab nak tukar ialah faktor pengcahayaan. kurang cahaya matahari,so tak boleh lah kaler gelap2 dah. rimas lak duk dalam gelap2 nie. nak nampak terang. baru best kan. hehehw 

so sesi cat mengecat, next month je. sebab weekend ni nak tolong azza cat rumah dia. 

okayy see youu next entry!

mwah!~

Jom ke Kaison, Festival City



Balik kerja tadi terus ke Kaison, Festival City. Sebab? Nak cuci mata katanya.
Sudahnya terjebak.

Ohya, Korang kalau nak beli perhiasan rumah ke, pergi la Kaison. Cek suka pergi sana. Hiasan balcony Cek pun beli kat situ. Harga mampu milik.

Ni baru fasa 1 kemas. Konon nak kemas before puasa. Next nak cat cream utk ruang tamu. Moga encik asben tabah. Hehehe

Yayyy dah sampai

yg kaler coklat Laundy tu pilihan asben. Harga RM 17.90 je
Juling mata pilih pasu.
harga pasu RM 4.90. Bunga setangkai RM 4.90. Perabot tu hakak suka!!!!
Hasil pancing hakak malam nie.








Tuesday, February 23, 2016

d u a • k e t u l

Tuesday, February 23, 2016

Hello wat wat hahaa

nahhhh.
amek sekali dua ketul dia nak keluar.
perasaan sangat la rasa comot. 
kat bahagian bawah pulok.

jerawat gatal ke apa ni?
gataaaalll je tangan ni nak korek2.

ok bye!

Monday, February 22, 2016

Cek.Ungu Review : Perfume C'Ton

Monday, February 22, 2016


Oo ada 5 rupanya
holla.
ni fresh lagi blog ni.
baru tadi cek beli kat jualan bazaar dekat pejabat pos besar KL.
ada 3 bau tadi dia bagi test.
penutup colour Hijau, Pink, Purple.
tiga-tiga wangi baq ang. memang tak tipu.
tadi ada promo beli 1 dapat RM 15.
beli 2 dapat RM 20. disebabkan kawan2 cek semua hantu perfume gak, kami borong 4.

okayy sesiapa nak dapatkan, boleh follow instagram or FB dorg okay.

mari support produk buatan Malaysia!

FB - Type je C'Ton

Ni bau2an yang ado
Ni cek punyaaa



Deco bersama cik ungu


Ghais, ada idea macam mana nak deco-deco rumah and dapur?

macam dah serabut.

mula2 plan nak tukar cat colour cerah like cream ke. cat sekarang colour kelabu, cantik memang lah cantik tapi faktor pencahayaan kat rumah tak berapa nak memberangsangkan. 

then if ada rezki, nak tukar perabot colour putih. hehehe (mohon asben tak baca).

soooo if korang ada idea ke, link ke. meh lah share okay...

Cuma sliding door and tingkap tinggi je kt penjuru

Cek.Ungu Review : Cake from iXalicious


Today Cek Ungu nak share and promote cake from schoolmates Cek Ungu.

Korang boleh check dekat bawah ni.
Harga mampu milik, try pujuk owner boleh tak nak cake macam korang design. InShaAllah dia okay je. Harga tertakluk pada size, deco and lain2 tambahan la ya.

Dorang ada delivery gak. Tapi kene tanya awal2 okay. Kene booking dulu.
Harga penghantaran berlainan mengikut kawasan.

or korang click je bawah ni, ada la tu cara2 dia.

Selamat menjamu selera :)

Instagram : Ixalicious_My
Facebook : Ixa Cakes (ixalicious)
Blog : http://ixalicious.blogspot.my
website : http://www.ixalicious.com


Kadang-kadang dorang ada buat contest and Cek Ungu pernah menang okay dgn kazen and husband.
tak caya? meh usha bawah ni.

Contest ni dapat free Brownies and boucher
Boleh check dekat Instagram yoo
Add caption




Sunday, February 21, 2016

Hujung Minggu We Ols

Sunday, February 21, 2016
Selamat berhujung minggu kawan-kawan.

Routine setiap hujung minggu, husband dan pokok2nya. Kalau perasan pasu paling hujung and kanan tu, pokok ulam dia baru tanam. Dia tu hantu ulam. Sanggup tanam. hahaha.

Nak suruh dia tanam pokok durian lah. Sebab hakak makan durian je. hehu.

Jom share deco korang, kot boleh tukar-tukar mood. 



Thursday, February 18, 2016

Rezki dari Allah

Thursday, February 18, 2016

me and lil sister


Hari ni genap 4 tahun and 2 bulan usia perkahwinan. Alhamdulillah susah senang setakan harini, sama-sama kami harungi. Cuma nak share pasal 'rezki zuriat'. Siapa tak terluka kalau kerap ditanya bila nak ada anak. Haih. Kalau la soalan tu kita boleh jawab dengan tepat kan? Sesungguhnya kami suami isteri redha and terus mencuba. Mohon sangat, jangan lah sesiapa tanya2 lagi ok? tak berminat nak jawab dengan baik.

Jangan lah menguji kesabaran kat hamba2 yg betul-betul tengah bersabar dengan ujian kecil Allah ni ya?

Kepada yang rezki tu luas, moga kalian berbahagia and jagalah amanah tu elok-elok ya?

Ingat, rezki dari Allah, bukan sebab dari kehabetan kita.

Wednesday, February 17, 2016

My Deria Rasa

Wednesday, February 17, 2016
Syukur Kepada Allah

Alhamdulillah sihat selepas seminggu demam and selesema teruk plus deria rasa ditarik sekejap. Today deria rasa dah  kembali normal. Syukur Alhamdulillah.

Terima kasih atas ujian yg kecil ni Ya Allah. 

Now husband pula nak demam. Moga Allah lindungi suamiku 😘

Tuesday, February 16, 2016

" Terima Kasih "

Tuesday, February 16, 2016
Kadang-kadang terfikir, kenapa ada segelintir orang yang susah sangat nak berterima kasih dengan apa yang orang hulur dekat dia?

Seriously aku jenis suka tolong orang dan aku tak harapkan apa-apa balasan pun. Bagi aku cukuplah orang yang aku tolong tu tak susah dan paling penting, jangan buat cerita lain kelak.

Pernah jadi dekat aku dan kawan-kawan lain. Dapat satu spesis manusia yang tak kenang budi. Tambah pula tak berterima kasih dengan segala pengorbanan kitaorang buat. Hmm tak tahu nak cerita macam mana. Hidup dia ni suka melebihi tahap kemampuan dia. Dan kami kawan dia masa tu tahu perangai dia and try to tutup aib dia. layankan aje. Sampai satu tahap, kantoi dia burukan kami. Alhamdulillah orang semua tak percaya . Mujur juga aku orang lama kat sana. Now dia dah lesapkan diri dan apa dia buat memang susah kami nak maafkan. Mungkin kejam tapi biarlah kami je rasa apa dia buat sampai kering hati kami.

Dan ni kes pertama paling teruk pernah aku hadap. Sekarang ni, kena lebih hati-hati dalam persahabatan. Bukan kawan je, sesiapa pun selagi dia manusia. Hati manusia ni tak kisah pun orang tu kawan ke lawan ke. Kalau hati dah gelap kan?

Ada lagi spesis ni, tak sedar diri. Menagih duit orang macam duit dia. Asal orang berduit, situlah dia ada. Paling lawak, dia rasa macam dia yang diania. Bila orang  bahagia, dia mula derita and start to jadi Parasit. Hasut sana, hasut sini. Sampailah dia puas yang orang dia hasut tu menyebelahi dia. Tak habis asyek fikir buruk orang. Dia tak sedar yang apa dia fikir buruk orang tu sebenarnya diri dia. Kiranya dia dihantui dengan perangai buruk dia. 

Stop la drama semua tu. Bukan aku tak tahu apa kau kau kau dah buat. Sapa je kau tak porak perandakan. Spesis macam ni, jenis yang apa baik kita dekat dia, dia tak nak cerita. Tapi buruk kita yg  dia reka tu, duk canang 1 dunia. Mungkin masa kecik dia banyak fantasi.

Moga kalian cepat lah dapat Hidayah Allah. Ingat, mati tu pasti. Ingat, fitnah tu hukum dia berat. Cara dia senang je. Bersihkan hati, lapangkan dada dan bersangka baik sesama manusia. Mesti nanti korang akan bahagia macam kami bahagia. InShaAllah.

Sunday, February 14, 2016

Get Well Soon Fabo

Sunday, February 14, 2016
Cerita semalam.

Alhamdulillah my kazen aka my opismate warded and selamat operate buang fibroid dekat bahagian breast dia. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan. Tadi petang dah boleh keluar and terus siap2 makteh pakteh bawa balik JB, memandang kan dpt MC 10hari.

Thanks to opismate yg dtg penat2 balik kerja. 

sebahagian officemates
Get Well soon Baby Fabo
  


dekat pukul 11 mlm balik hospital, lepak dgn family maktam and nenek kat mamak RSMY-Original Beriani and Nan Cheese. Ni branch dekat jln TAR. nasib baik tak ramai. 1st time pergi and mmg sedap cheese nan dia and beriani dia. tak silap ada lagi 1 branch dia dekat area wangsa maju kot.

memang sedapp. thanks maktam belanje we ols!


bawa nenek lemak mamak memalam. happy nenek berjalan sakan. hehe.


ok ghais. tu je takat ni. moral
of the story, jaga makan minum sebab sekarang macam2 penyakit ada sebab faktor pemakanan and persekitaran.







Tuesday, February 9, 2016

Honeymadu @ Penang.

Tuesday, February 9, 2016
Tak tahulah honeymoon yg keberapa. Tempat pilihan Penang lagi. Sebab last time tak puas jalan-jalan. Plan nak pergi Bulan 3, tapi since my darling bertunang bulan ni kat penang. So alang-alang pergi terus bulan ni.

Kali ni pergi 3hari 2 malam.
[ 06-08 February 2016 ]

Kitorang stay dekat Vistana Bukit Jambul. Sangat-sangat berbaloi. Booking guna booking.com 

Tips guna booking.com ni mencabar sikit. pastikan korg call dulu hotel before check in. tanya sekali total harga sbb dlm website tak tunjuk full amount. Ni pun tips from kawan, sebab dia ada issue masa ke Langkawi dulu.
Masa i call hotel, staff kata nama i dah cancel by someone and i tak kenal nama tu, then i call sendiri booking.com tapi dorg kata nama i still ada lagi dalam record. Then dia minta i sabar kejap sebab dia nak call hotel. Lepas dlm 15minit dia kata okay semuanya. 
Esok tu before bertolak i call lagi hotel. and betul harga lain. Lepas ni malas ah book mcm tu. Padahal selama ni guna Agoda je. Gatal try lain. hehehe. Nasihat i ols, better guna Agoda sebab boleh bayar terus. Datang lewat nanti pun tak pening. 

Apapun Vistana sgt selesa,best, service tiptop. next time nak stay sini lagi. 

ni la bilik kitorg. okaylah untuk berdua. hiks!~



Hari Pertama :

From KL kami gerak pukul 4:30 pagi sebab nak elak jem raya cina kan. Alhamdulillah dipermudahkan urusan kami. Siap berhenti2 tepi and tidur lagi. Ikut pulak jambatan kedua yg baru tu. tak jem langsung. Sampai around 12pm.
Terus pergi rumah azza dulu, tengok2 apa nak tolong. Tapi semua dah siap. hehehe. so lepak lunch je sementara tunggu check in pukul 3pm.

Lepas check in apa lagi, tidur laaaa sementara tunggu dinner. hiks!

Malam dinner kat Kapitan yg femes tu. Serius sedap oi. As usual aku order nan cheesee fave ku. superb! husband pula mestilah nasi kan. Beriyani claypot. sedap! harga mampu milik. Menu tu dlm belas2 ringgit. kurang RM 15. tak ingat harga betul dia. 

Set Nan Cheesee Tandori & Beriyani Claypot. Superb giler taste dia!


Balik tu jalan2, tepi Pantai tepi Queensbay konon cari Rojak Tonggek, tapi takde. Jalan2 sikit jumpa warung kecik tepi pantai tu jual laksa, meehun sup, jagung, ayam madu. sebab masih kenyang, order la laksa. and tak tipu! laksa penang memang tak mengecewakan. habis laksa balik terus la kan. mana larat dh kenyang sgt haha.

Pekat giler kuah dia and sgt sedap!



Hari kedua :

Siap-siap tenghari terus pergi kenduri azza and apai. Meriah family dorg. ramai baq ang! 

moga kekal ke jinjang pelamin and terus ke jannah darling2 ku.



Habis kenduri apa lagi, ronda2 lah.
Plan nak gi museum 3D tapi tutup.
So pergi yg sebelah dia. Amazing Studio. Not bad. Harga dewasa sekali masuk RM 28. utk warganegara Malaysia ok.
dah masuk dlm tu, husband ku lupa diri kejap. meh cek gambar2 dia. 

Oh ya korg google je Museum 3D, terus depan tu dia bawak. Depan laut baq ang.

Harga mahal sikit dari Museum 3D. Tapi redah je lah. nasib berdua :)
Bila asben gila kuasa
okay dia lagi dan lagi
fefeeling naik roller coaster katanya.
sebab berdua, so sesapa je kene snap kan pic kami. hehe
sebab takde orang nak snap kan.

terima kasih lagi sekali kat orang lalu lalang, snap kan pic ktrg haha
heeee hakak nak jugak! asek dia je. hahaha


Habis berjalan sini, pergi cari cendol and pasembuq kat Anjung Gurney. Tapi sayang, kedai cendoi tutup. so makan pasembunq je lah. Sedappp oiii!

terbaek!
ramai kan. pergi kat stall 09, sedappp!


Before balik, husband ajak pergi Masjid Terapung tempat favorite dia. sangat nyaman dekat sana. 
Masjid Terapung
Lepas tu balik hotel, kekonon nak lepak tepi pool, sekali ada org seksi2. no no no. husband! jom naik bilik!

sebab ramai orang seksi tepi pool, moh le naik asben!.

hahaha naik je bilik, pintu tak leh buka. nasib staff sana pantas.
okayy habis cerita utk seharian tu. balik hotel mandi solat then keluar balik ronda2 town and singgah ke Padang Kota Lama. snap2 jap then cari kedai makan. Habis makan balik tidoooo.

cantik kan!!
cantik kan lampu2 tu...happy gilerrr.


dating katanya <3 br="">
sudahnya cari nasi gak mamat nie
okayyy Good night ols!
        



Hari Ketiga :

Tak berapa ada aktiviti sebab terus balik and singgah kampung husband. lepas rindu katanya.

byee Penang, jumpa lagi next year!!


Hello Parit Buntaq, Hello Kuala Kurau!



from us with love!~


Tamat sudah holiday kali ni. Terima kasih Husband sebab melayan je kereneh isteri. Moga ada rezki kita bertiga pulak nanti. InShaAllah. Lebiyuuuu saiyang!