Tuesday, February 16, 2016

" Terima Kasih "

Tuesday, February 16, 2016
Kadang-kadang terfikir, kenapa ada segelintir orang yang susah sangat nak berterima kasih dengan apa yang orang hulur dekat dia?

Seriously aku jenis suka tolong orang dan aku tak harapkan apa-apa balasan pun. Bagi aku cukuplah orang yang aku tolong tu tak susah dan paling penting, jangan buat cerita lain kelak.

Pernah jadi dekat aku dan kawan-kawan lain. Dapat satu spesis manusia yang tak kenang budi. Tambah pula tak berterima kasih dengan segala pengorbanan kitaorang buat. Hmm tak tahu nak cerita macam mana. Hidup dia ni suka melebihi tahap kemampuan dia. Dan kami kawan dia masa tu tahu perangai dia and try to tutup aib dia. layankan aje. Sampai satu tahap, kantoi dia burukan kami. Alhamdulillah orang semua tak percaya . Mujur juga aku orang lama kat sana. Now dia dah lesapkan diri dan apa dia buat memang susah kami nak maafkan. Mungkin kejam tapi biarlah kami je rasa apa dia buat sampai kering hati kami.

Dan ni kes pertama paling teruk pernah aku hadap. Sekarang ni, kena lebih hati-hati dalam persahabatan. Bukan kawan je, sesiapa pun selagi dia manusia. Hati manusia ni tak kisah pun orang tu kawan ke lawan ke. Kalau hati dah gelap kan?

Ada lagi spesis ni, tak sedar diri. Menagih duit orang macam duit dia. Asal orang berduit, situlah dia ada. Paling lawak, dia rasa macam dia yang diania. Bila orang  bahagia, dia mula derita and start to jadi Parasit. Hasut sana, hasut sini. Sampailah dia puas yang orang dia hasut tu menyebelahi dia. Tak habis asyek fikir buruk orang. Dia tak sedar yang apa dia fikir buruk orang tu sebenarnya diri dia. Kiranya dia dihantui dengan perangai buruk dia. 

Stop la drama semua tu. Bukan aku tak tahu apa kau kau kau dah buat. Sapa je kau tak porak perandakan. Spesis macam ni, jenis yang apa baik kita dekat dia, dia tak nak cerita. Tapi buruk kita yg  dia reka tu, duk canang 1 dunia. Mungkin masa kecik dia banyak fantasi.

Moga kalian cepat lah dapat Hidayah Allah. Ingat, mati tu pasti. Ingat, fitnah tu hukum dia berat. Cara dia senang je. Bersihkan hati, lapangkan dada dan bersangka baik sesama manusia. Mesti nanti korang akan bahagia macam kami bahagia. InShaAllah.

0 commento:

Post a Comment