Tuesday, February 09, 2016

Honeymadu @ Penang.

πŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œ
 
Tak tahulah honeymoon yg keberapa. Tempat pilihan Penang lagi. Sebab last time tak puas jalan-jalan. Plan nak pergi Bulan 3, tapi since my darling bertunang bulan ni kat penang. So alang-alang pergi terus bulan ni.

Kali ni pergi 3hari 2 malam.
[ 06-08 February 2016 ]

Kitorang stay dekat Vistana Bukit Jambul. Sangat-sangat berbaloi. Booking guna booking.com 

Tips guna booking.com ni mencabar sikit. pastikan korg call dulu hotel before check in. tanya sekali total harga sbb dlm website tak tunjuk full amount. Ni pun tips from kawan, sebab dia ada issue masa ke Langkawi dulu.
Masa i call hotel, staff kata nama i dah cancel by someone and i tak kenal nama tu, then i call sendiri booking.com tapi dorg kata nama i still ada lagi dalam record. Then dia minta i sabar kejap sebab dia nak call hotel. Lepas dlm 15minit dia kata okay semuanya. 
Esok tu before bertolak i call lagi hotel. and betul harga lain. Lepas ni malas ah book mcm tu. Padahal selama ni guna Agoda je. Gatal try lain. hehehe. Nasihat i ols, better guna Agoda sebab boleh bayar terus. Datang lewat nanti pun tak pening. 

Apapun Vistana sgt selesa,best, service tiptop. next time nak stay sini lagi. 


ni la bilik kitorg. okaylah untuk berdua. hiks!~
 
Hari Pertama :

From KL kami gerak pukul 4:30 pagi sebab nak elak jem raya cina kan. Alhamdulillah dipermudahkan urusan kami. Siap berhenti2 tepi and tidur lagi. Ikut pulak jambatan kedua yg baru tu. tak jem langsung. Sampai around 12pm.
Terus pergi rumah azza dulu, tengok2 apa nak tolong. Tapi semua dah siap. hehehe. so lepak lunch je sementara tunggu check in pukul 3pm.

Lepas check in apa lagi, tidur laaaa sementara tunggu dinner. hiks!

Malam dinner kat Kapitan yg femes tu. Serius sedap oi. As usual aku order nan cheesee fave ku. superb! husband pula mestilah nasi kan. Beriyani claypot. sedap! harga mampu milik. Menu tu dlm belas2 ringgit. kurang RM 15. tak ingat harga betul dia. 


Set Nan Cheesee Tandori & Beriyani Claypot. Superb giler taste dia!


Balik tu jalan2, tepi Pantai tepi Queensbay konon cari Rojak Tonggek, tapi takde. Jalan2 sikit jumpa warung kecik tepi pantai tu jual laksa, meehun sup, jagung, ayam madu. sebab masih kenyang, order la laksa. and tak tipu! laksa penang memang tak mengecewakan. habis laksa balik terus la kan. mana larat dh kenyang sgt haha.


Pekat giler kuah dia and sgt sedap!
Hari kedua :


Siap-siap tenghari terus pergi kenduri azza and apai. Meriah family dorg. ramai baq ang! 


moga kekal ke jinjang pelamin and terus ke jannah darling2 ku.
 
Habis kenduri apa lagi, ronda2 lah.

Plan nak gi museum 3D tapi tutup.
So pergi yg sebelah dia. Amazing Studio. Not bad. Harga dewasa sekali masuk RM 28. utk warganegara Malaysia ok.
dah masuk dlm tu, husband ku lupa diri kejap. meh cek gambar2 dia. 

Oh ya korg google je Museum 3D, terus depan tu dia bawak. Depan laut baq ang.


Harga mahal sikit dari Museum 3D. Tapi redah je lah. nasib berdua :)


Bila asben gila kuasa


okay dia lagi dan lagi


fefeeling naik roller coaster katanya.


sebab berdua, so sesapa je kene snap kan pic kami. hehe


sebab takde orang nak snap kan.


terima kasih lagi sekali kat orang lalu lalang, snap kan pic ktrg haha


heeee hakak nak jugak! asek dia je. hahaha


Habis berjalan sini, pergi cari cendol and pasembuq kat Anjung Gurney. Tapi sayang, kedai cendoi tutup. so makan pasembunq je lah. Sedappp oiii!



terbaek!


ramai kan. pergi kat stall 09, sedappp!
 
Before balik, husband ajak pergi Masjid Terapung tempat favorite dia. sangat nyaman dekat sana. 


Masjid Terapung
Lepas tu balik hotel, kekonon nak lepak tepi pool, sekali ada org seksi2. no no no. husband! jom naik bilik!



sebab ramai orang seksi tepi pool, moh le naik asben!.
 


hahaha naik je bilik, pintu tak leh buka. nasib staff sana pantas.
okayy habis cerita utk seharian tu. balik hotel mandi solat then keluar balik ronda2 town and singgah ke Padang Kota Lama. snap2 jap then cari kedai makan. Habis makan balik tidoooo.



cantik kan!!


cantik kan lampu2 tu...happy gilerrr.




dating katanya <3 br="">


sudahnya cari nasi gak mamat nie
okayyy Good night ols!

Hari Ketiga :

Tak berapa ada aktiviti sebab terus balik and singgah kampung husband. lepas rindu katanya.
 
 

byee Penang, jumpa lagi next year!!
 
Hello Parit Buntaq, Hello Kuala Kurau!
 

from us with love!~
 
Tamat sudah holiday kali ni. Terima kasih Husband sebab melayan je kereneh isteri. Moga ada rezki kita bertiga pulak nanti. InShaAllah. Lebiyuuuu saiyang!
 




No comments:

Post a Comment

Thank you for comment. Will reply soon :)