Friday, August 7, 2009

H1N1 @ INFLUANZA A dan azab Allah

Friday, August 7, 2009
Kepada mereka yg tak bersolat dan masih lagi melakukan perkara2 yg dilarang oleh Allah insaflah dan pintalah keampunan dari Allah azzajawalla semoga Allah turunkan rahmat dan hidayat kepada kita dan dijauhkan bala kepada kita semua Amin……

H1N1 Suatu Bala Dari Allah?
H1N1 yang dulunya dikenali dengan nama Selsema Babi terus menggegar bumi Malaysia apabila kesnya telah mencecah yang ke-80,iaitu 69 kes import dan 11 kes jangkitan tempatan di Malaysia.Kes terbaru pelajar dari Johor yang pulang dari Melbourne disahkan positif.Mangsa menaiki penerbangan Singapura SQ0238 yang mendarat di Changi dua hari lepas.

Bagi aku yang paling penting bagi kita semua sekarang ni ialah menjaga kesihatan dan kebersihan diri sebaiknya, supaya kita tidak dijangkiti oleh virus H1N1. Selain itu, kita kena elakkan dari berkunjung atau melawat negara-negara terjejas dengan wabak itu seperti Singapura, United Kingdom, Thailand, Filipina, Australia dan Amerika Syarikat, disamping mematuhi setiap arahan dan langkah pencegahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.
Jangan lupa sebagai seorang islam gunakan senjata kita sebagai melawan virus ini iaitu doa, Selain daripada langkah berjaga-jaga. Carilah waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa moga Allah selamatkan kita daripada bala ini.


“ Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia timbulnya demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat” (Surah ar-Rum : ayat 41.)

BALA??

Imam Tarmidzi ada meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “ Tidak henti-hentinya bala (bencana) yang menimpa seorang mukmin laki-laki mahupun perempuan, baik mengenai dirinya atau sanak keluarganya, atau harta kekayaannya hingga ia menghadap Allah sesudah bersih dari dosanya”.

Apa yang berlaku sekarang adalah salah satu tanda bala Allah. Sebagaimana apa yang berlaku dizaman bani Israel semasa pemerintahan Nabi Musa dimana Allah menurunkan bala berbentuk belalana, katak dan darah. Bala yang diturunkan akibat dari maksiat yang dilakukan oleh manusia itu sendiri.Lihatlah hari ini betapa banyaknya maksiat yang berlaku di negara kita.Betapa ramai orang yang kufur(ingkar) dengan perintah ALLAH.

"Wahai orang-orang yang beriman dengan Allah dan RasulNYA,dan kitab yang mana Dia telah mengirim kepada Rasul dan Kitab sebagaimana Dia telah kirim kepada orang yang terdahulu.Sesiapa yang mengingkari(megufurkan) Allah,Malaikatnya,KItab-kitab,Rasul-rasulNYA,dan hari Pengadilan,sesungguhnya mereka sesat,kesesatan yang jauh."(Surah An-Nisa';136)

Kaitan Influanza A dan azab Allah

Dalam ayat 58 surah al-Israk, Allah menegaskan bahawa bala itu diturunkan bagi penduduk yang mengingkari Allah. Bolehkah kita kaitkan dengan kemunculan pelbagai penyakit termasuk H1N1 ini dengan peringatan tersebut?Pada dasarnya, penyebab datangnya azab Allah SWT adalah kezaliman, kemaksiatan dan kefasikan.


Allah SWT telah menyatakan hal ini di beberapa ayat. Antaranya adalah firman Allah SWT yang bermaksud: Dan tidak pernah Kami membinasakan kota-kota, kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.(al-Qashash: 59).


Maka tidak dibinasakan kecuali kaum yang fasik.(al-Ahqaf: 35).


Kami telah membinasakan mereka, kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berbuat dosa (al-mujrim).(ad-Dukhan: 37).


Ayat-ayat di atas menunjukkan bahawa azab Allah hanya akan dijatuhkan kepada penduduk negeri yang melakukan kezaliman, kemaksiatan, dan kefasikan. Dengan kata lain, azab Allah hanya akan dijatuhkan, tatkala peringatan-peringatan Allah SWT melalui dakwah Rasul-Nya telah diabaikan dan didustakan.
Jika melihat kepada ayat-ayat di atas kita tidak boleh menolak kemungkinan munculnya influenza A ini adalah akibat keingkaran manusia kepada Allah.


Ayuh,kita kembali kepada Islam,kembali kepada paksi kebenaran,jangan kita tergolong dalam golongan orang mengingkari ALLAH dan segala perintahnya.Cukup besar dan berat amanah ini..

1 commento:

WS Zuriati said...[Reply to comment]

Salam,
Izinkan saya copy info ini utk assmnt...tq

Post a Comment